Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

8 Tempat Menarik Di Medan Indonesia Mesti Lawat

Selama 4 hari 3 malam berada di bandar Medan, Indonesia, kami masih sempat untuk singgah di beberapa tempat menarik di Medan dan menjadi tumpuan pelancong Malaysia. Lokasi tempat menarik di Medan Indonesia ini juga adalah tarikan yang memang dikenali sejak dari dulu lagi bagi pelancong serata dunia.

Baca : Tempat Menarik di Sukabumi Indonesia

 


Tempat Menarik Di Medan Indonesia Mesti Lawat

Antara tempat menarik di Medan ialah :

1. Danau Toba

2. Pulau Samosir

3. Taman Simalem Resorts

4. Air Terjun Piso Piso

5. Berastagi

6. Istana Maimun

7. Masjid Raya

8. Pajak Ikan

 

Tempat Menarik Di Medan Indonesia

Tempat Menarik di Medan Indonesia

Tasik Toba, atau lebih dikenali sebagai Danau Toba ini adalah lokasi yang paling menarik dan menjadi tumpuan jika anda ke Medan, Indonesia. Pemandangan yang indah sekitar Danau Toba yang mengelilingi Pulau Samosir akan memukau mata sesiapa sahaja.

Tempat_Menarik_Di_Medan_Pulau_Samosir
Tempat Menarik di Medan : Pulau Samosir

Pulau Samosir ini adalah pulau yang besar, di lingkungi oleh Tasik Toba (Danau Toba). Pulau Samosir didiami oleh hampir 99% kaum asli seperti Batak adalah penganut agama Kristian. Ada banyak sejarah yang boleh anda pelajari di sini dan antara destiansi wajib kalau ke Medan.

Tempat_Menarik_Di_Medan_Taman_Simalem_Resort
Tempat Menarik di Medan : Taman Simalem Resort

Sebuah Resorts dan Hotel yang dibina di tebing Danau Toba. Taman Simalem Resorts ini diberikan nafas yang indah dan bertaraf premium. Kawasan ini antara kawasan percutian eksklusif untuk pelancong sesuai dengan keindahan alam di Danau Toba.

Tempat_Menarik_di_Medan_Indonesia
Tempat Menarik di Medan : Air Terjun Piso Piso

Kami tidak sempat untuk ke sini, tetapi khabarnya Air Terjun Piso Piso adalah air terjun semulajadi yang cantik dan berada berdekatan dengan Danau Toba dan Taman Simalem Resorts

Tempat_Menarik_Di_Medan_Tugu_Brastagi
Tempat Menarik di Medan : Berastagi

Berastagi adalah lokasi tumpuan pelancong. Ia lebih kepada sejarah dan adalah tempat yang menyimpan banyak beras ketika dulu dan kini ia menjadi salah satu ikon pelancongan di Medan. Kami cuma sempat singgah sebentar sahaja di Berastagi dan meneruskan perjalanan ke Medan.

Tempat Menarik di Medan Indonesia
Tempat Menarik di Medan : Istana Maimun
Tempat_Menarik_Di_Medan_Masjid_Raya
Tempat Menarik di Medan : Masjid Raya

 

Binaan Istana Lama yang kini diabadikan sebagai bahan sejarah terkenal di Medan, Istana Maimun menjadi satu kebanggaan rakyat Medan dan ia semakin hari semakin menjadi tumpuan pelancong, tambah-tambah kepada peminat sejarah.

Masjid Raya di Medan juga antara yang menjadi tumpuan pelancong. Di dalamnya tersimpan sejarah tersendiri dan ia antara bangunan yang dipelihara untuk objek wisata (pelancongan) di Medan.

Malangnya, kami tidak sempat singgah di kedua-dua bangunan ini kerana kesuntukkan masa. InsyaAllah, kalau ada rezeki kami akan ke sini lagi.

 

 

Tempat_Menarik_Di_Medan_Pajak_Ikan
Tempat Menarik di Medan : Pajak Ikan

Pasar yang terkenal di Medan di panggil Pajak Ikan. Pasar ini adalah pasar yang menjual pelbagai barangan keperluan seharian termasuk yang paling popular adalah kain pasang, baju dan pelbagai produk tempatan, hasil buatan orang Sumatera.

Apa yang menarik di Medan, Indonesia, sebenarnya banyak. Tetapi, MrJocko sempat berkongsi 8 Objek Wisata (Objek Tarikan Pelancongan) yang menarik di Medan. Sebab itu, kalau ke Medan, ini antara destinasi menarik yang wajib anda singgah dahulu sebelum ke lokasi lain. 🙂

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.