Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

#AABC2015 Bangkok : Photo Rally Blogger Event

#AABC2015 Bangkok AirAsia Blogger Community 2015 telah berlangsung di Bangkok dan ia adalah tahun kedua ia diadakan selepas AABC2013 di Melaka, Malaysia. Kali ini, ia dianjurkan oleh tuan rumah AirAsia Thai bertempat di Eastin Grand Hotel Sathorn, Bangkok di hadiri oleh rakan-rakan blogger dari Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina, Vietnam, China, Korea Selatan, Jepun dan juga Asutralia.

MrJocko dan rakan-rakan Blogger dari Malaysia seperti Ruby, Nisa Kay, Cipot Redz, Iammazing, Mek Oni, Caroline, Aaron, Cyntia, Wendy Pua, Kelly dan juga Tom dari Sabah mewakili Bloggers dari Malaysia bersama wakil AirAsia X Eugene dan AirAsia Ahsman memang bertuah kerana dijemput untuk sertai sambutan AABC 2015 2nd Anniversary ini.

AABC 2015 Bangkok Blogger Event

AABC 2015 Bangkok Blogger Event 01 AABC 2015 Bangkok Blogger Event 02

 

 

Paling menarik untuk aktiviti kali ini, kami rakan-rakan blogger dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan menyertai Photo Rally #AABC2015 yang bermula dari Eastin Grand Hotel Sathorn dengan meneroka bandar Bangkok untuk 5 tugasan penting di Instagram.

Sepanjang cabaran Photo Rally #AABC2015 ini, kami diberikan tugasan untuk mendapatkan 5 gambar SELFIE TERBAIK untuk berpeluang memenangi hadiah 3 Terbaik dari AirAsia. Ini memang satu tugasan ynag bukan mudah kerana kami berebut peluang bersama 12 kumpulan yang lain untuk memenangi hati Juri AABC2015.

 

 

 

 

AABC 2015 Bangkok Blogger Event 04

AABC 2015 Bangkok Blogger Event 05 AABC 2015 Bangkok Blogger Event 07 AABC 2015 Bangkok Blogger Event 09 AABC 2015 Bangkok Blogger Event 10

AABC 2015 Bangkok Blogger Event 08

 

 

Untuk melihat koleksi gambar-gambar menarik sepanjang Photo Rally #AABC2015 di Bangkok, anda boleh ke Instagram dan cari Hashtag #AABC2015 dan #AABC2015G2 untuk kumpulan MrJocko.

Ada banyak koleksi gambar yang menarik sepanjang aktiviti kami di Bangkok. Event selama 3 hari 2 malam ini bersama AirAsia dan rakan-rakan blogger seleuruh Asia memang terbaik untuk kami semua. Tambah lagi, peluang untuk kenal dengan blogger baru, bertukar pendapat serta belajar dari blogger-blogger otai yang lain memang cukup berbaloi.

Masih banyak lagi yang MrJocko akan kongsi sepanjang aktiviti AABC 2015 di Bangkok ini. InsyaAllah akan dikongsikan dalam entry yang akan datang. Sementara itu boleh lihat koleksi gambar di Facebook MrJocko dan juga Instagram @MrJocko

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.