• Mon. Sep 25th, 2023

Aaleja Pakistan and Indian Halal Food Di Taipei

aaleja-pakistan-restaurant-taipei-01

Sewaktu MrJocko dan rakan-rakan rombongan NSC Trip ke Taipei tahun lepas, kami sempat singgah mencuba menu masakan di salah satu restoran masakan Pakistan dan India Muslim di bandaraya Taipei. Nama restoran itu ialah Aaleja Pakistan And Indian Halal Food. Restoran Aaleja Pakistan and Indian Halal Food di Taipei ini terletak di Yanji Street, Taipei.

 

Menu yang kami cuba kat sana ialah Capati dengan kuah Dal, kuih yang seakan-akan Samosa, Nasi beriyani, Daging Lembu dan juga kari dal yang punyai rasa yang boleh dikatakan sedap dan citarasa India Muslim. Menu makan tengahari ini memang mengenyangkan kami setelah berada di sana selama 2 hari. Bila dapat makan kari di negara yang mempunyai iklim yang sejuk dan dingin, memang dapat membantu badan jadi panas sedikit. 

 

 

Halal Food Di Taipei

 

Halal Food Di Taipei

 

Halal Food Di Taipei

 

 

Halal Food Di Taipei

 

 

Boleh dikatakan semua rakan-rakan dalam rombongan ini memang berselera pada tengahari tersebut kerana dihidangkan dengan menu masakan yang berasaskan kari India Muslim. Sedap dan memang terangkat. Walaupun di Taipei, rasa kari India memang masih tak hilang keasliannya.

 

Ada satu menu tu tak sempat nak ambil gambar, Kari Ikan. Memang terbaikkk… Leka dan terliur sampai terlupa nak ambik gambar menu tersebut…

 

 

Halal Food Di Taipei

 

 

Kebetulan, hari kami singgah di sana, tuan punya kedai ada bersama-sama kami. Rupanya beliau berasal dari Pakistan dan kini menetap dan berkahwin dengan wanita Muslim di Taipei. Nampak gaya macam restoran beliau Aaleja Pakistan dan India Halal Food di Taipei. 

 

Kalau ke Taipei, jangan lupa singgah di Aaleja Pakistan and Indian Halal Food di Taipei, boleh cari alamat menggunakan Fanpage Restoran Aaleja di atas. 🙂

 

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

One thought on “Aaleja Pakistan and Indian Halal Food Di Taipei”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.