Abang Penguatkuasa MBMB Yang Berdedikasi
|
Sungguhpun hari itu hari Ahad, aku lihat Abang Penguatkuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah ini sangat rajin bekerja. Mulanya aku rasa pelik, Ahad pun dia kerja Overtime ke???
Owh! Rupenya di Melaka, tak kira hari apa, bermula dari Isnin sehingga Ahad, 7 hari seminggu, bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 6.00 petang, kawasan parking sekitar bandaraya Melaka ini adalah tertakluk kepada bayaran parking RM0.60 setiap satu jam.
Jadi, tiada istilah parking percuma di Melaka, melainkan selepas 6.00 petang sehingga jam 7.59.59 pagi keesokkannya. Jadi kalau korang ke Melaka, ingat, jangan lupa beli Kupon Parking. Kalau tak nanti kena saman oleh Abang Penguatkuasa MBMB ini… 🙂
MrJocko.com
One Comment