Site icon Travel Blogger Malaysia

Abatan River Maribojoc Lokasi Aktiviti Pelancongan Di Bohol

Bohol, Philippines sememangnya adalah lokasi pelancongan yang masih lagi belum diterokai sepenuhnya oleh ramai pelancong samada dari negara Filipina sendiri atau pun pelancong asing samada dari Asia atau Eropah. Ada banyak lokasi yang indah dan menarik di Bohol masih lagi tersembunyi dan tidak ramai yang ketahui akan kewujudan tempat-tepat menarik di Bohol Filipina.

 

Oleh itu, peluang yang ada bila berkesempatan ke Pulau Bohol, sudah pasti peluang terbaik untuk meneroka tarikan yang mungkin akan menjadi pilihan ramai pelancong untuk ke Bohol. Antara yang menarik ialah sungai Abatan atau dikenali sebagai Abatan River Maribojoc.

 

Abatan River Maribojoc

 
 
 
bohol_islands_pictures
Bohol Island
 
 
 
 
 

Kedudukan Abatan River Maribojoc ini tidaklah jauh dari Tagbilaran City, Bohol. Anda boleh dapatkan servis ke Abatan River ini dengan menaiki bot sederhana besar dan ia menyerupai cruise, tetapi dalam saiz yang lebih kecil. Perjalanan menaiki cruise di Abatan River ini memang menenangkan kerana di kiri kanan anda akan melihat pokok nipah, pokok paya dan pelbagai kehidupan paya yang masih lagi asli dan tidak sama dengan lokasi hutan paya di tempat lain selain di Abatan River.

 

Keadaan sungai Abatan yang masih lagi bersih, tenang dan dipenuhi dengan pokok-pokok menghijau, ia membuatkan pengalaman di Abatan River memang sesuatu yang menyenangkan hati sesiapa sahaja.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Abatan River Maribojoc Bohol

Penduduk di sekitar Abatan River ini masih lagi mengekalkan tradisi turun temurun mereka dan mereka antara yang masih lagi mengamalkan banyak kehidupan yang bersifat semulajadi dan juga mengikut tradisi masyarakat Filipina di Bohol.

Kegiatan menangkap ikan dan bercucuk tanam menjadi pendapatan utama dan ada juga antara mereka yang berkerja di Tagbilaran City. Di Abatan River Maribojoc ini kita boleh melihat hasil tukangan mereka dan hasil menjahit atap nipah sebagai salah satu aktiviti tradisi yang menjadi kebanggaan mereka.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selain dari menyusur sungai di Abatan River, anda boleh melakukan aktiviti lain di sini seperti melihat kelip-kelip di waktu malam, jungle tracking gua, menaiki sampan ke rumah nipah, mangrove tour dan juga memancing. Banyak lagi, itu semua anda boleh dapatkan pakej terbaik dengan Travel Agen anda atau dapatkan nasihat penduduk setempat untuk aktiviti yang lebih ekstrem.

 

Banyak lagi yang boleh anda dapat jika ke Abatan River. Bohol sememangnya adalah destinasi percutian yang berbeza dari percutian yang lain. Ia mungkin bukan percutian mewah, tetapi di Bohol, anda akan merasai anda dekat dengan alam semulajadi dan akan teruja bila menerokai sesuatu yang baru di Bohol Filipina.

 
 
 
 
 
Exit mobile version