Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Shell Helix Dan Waze Lancar Accident Prone Spots Alerts

Shell Helix dan Waze Accident Prone Spots Alerts kawasan kerap kemalangan yang pertama di Asia. Kerjasama ini bertujuan menjadikan jalanraya lebih selamat bagi pemandu pada musim Ramadan dan Aidilfitri

Shell Lubricants Malaysia, menerusi jenama minyak motor Shell Helix yang terkemuka di pasaran, mengadakan kerjasama dengan Waze, aplikasi lalu lintas dan nagivasi yang paling popular di negara ini untuk melancarkan amaran kawasan kerap kemalangan yang pertama di Asia.

Kerjasama di antara kedua-dua jenama global ini bertujuan untuk menjadikan jalanraya lebih selamat bagi para pemandu sepanjang musim Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang ini.

Shell Helix dan Waze Accident Prone Spots Alerts

Shell Helix Waze Accident Prone Spots Alerts

 

Dengan ada pemberitahuan seperti Accident Prone Spots Alerts, ia memberikan kemudahan kepada pengembara dan juga pengguna jalan raya setiap masa.

Dari 16 Mei hingga 15 Julai 2017, peringatan khas daripada Shell Helix akan muncul di Waze untuk mengingatkan pemandu supaya lebih berhati-hati apabila kereta mereka menghampiri mana-mana di antara 50 kawasan kerap kemalangan di Semenanjung Malaysia. Lokasi-lokasi tersebut dikenal pasti berdasarkan data sejarah kemalangan yang dihantar oleh pengguna Waze.

 

Shell Helix dan Waze Accident Prone Spots Alerts
Shell Helix dan Waze Accident Prone Spots Alerts

 

 

Peringatan untuk memandu dengan berhati-hati apabila menghampiri kawasan kerap kemalangan ini bertujuan untuk membantu para pemandu, terutamanya ketika tempoh sesak iaitu pada permulaan hari Ramadan, ketika dan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Yang unik, pesanan hanya akan dipaparkan semasa kereta berhenti sepenuhnya untuk mengelakkan daripada mengganggu tumpuan pemandu.

Alex Lim, Pengurus Pemasaran Shell Lubricants Malaysia dan Singapura berkata, syarikat ini membawa amalan keselamatan jalanrayanya ke tahap yang lebih tinggi menerusi kerjasama pintar dengan Waze untuk mengurangkan kebimbangan di kalangan para pemandu semasa menggunakan jalanraya.

“Shell Malaysia sudah sinonim dengan pelbagai inisiatif keselamatan jalanraya sepanjang lebih 125 tahun kami di Malaysia. Kerjasama dengan Waze ini melambangkan hasrat kami untuk membawa komitmen kami terhadap keselamatan jalanraya ke peringkat yang seterusnya dengan berhubung dengan para pemandu dalam masa nyata,” katanya.

 

Shell Helix dan Waze Accident Prone Spots Alerts

 

Manakala Pengurus Perniagaan Waze Malaysia Edward Ling, menyatakan bahawa amaran kawasan kerap kemalangan tersebut adalah kombinasi unik dua ciri dalam Waze iaitu analisis data besar yang dijana dari komuniti pengguna jalanraya dan ciri penempatan iklan.

“Dengan menggunakan data dari crowdsourcing yang disumbangkan oleh pengguna Waze (Wazers), kami telah mengenal pasti lokasi-lokasi kemalangan utama yang mencerminkan situasi sebenar jalanraya di Malaysia. Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Shell Helix untuk melancarkan inisiatif ini yang mengingatkan para pemandu untuk memandu dengan lebih selamat. Dengan mengurangkan kemalangan, kami juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan ini membawa kebaikan kepada semua,” katanya.

Sebelum bermulanya tempoh sesak, Shell Helix juga akan mengadakan promosi istimewa penukaran minyak untuk para pengguna Waze serta orang ramai yang menyaksikan video Aidilfitrinya di YouTube atau Facebook yang bertujuan mengingatkan pemilik kereta untuk menjalankan servis kereta sebelum memulakan perjalanan ‘balik kampung’ yang lebih lancar.

 

Shell Helix dan Waze Accident Prone Spots Alerts

Shell Helix dan Waze Accident Prone Spots Alerts

 

Dengan menunjukkan kod promo unik yang akan dipaparkan di app Waze dan juga di video tersebut, pemilik kereta akan dapat menikmati potongan sehingga RM30 bila mereka membawa kereta mereka untuk servis penukaran minyak di bengkel-bengkel berjenama Shell Helix dan cawangan servis Lubebay di stesen minyak Shell yang mengambil bahagian.

Dilancarkan pada tahun 2014, produk utama Shell iaitu minyak motor sintetik sepenuhnya Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus merupakan minyak motor yang pertama dan satu-satunya yang membawa pembaharuan dengan teknologi gas-kepada-cecair yang menukar gas semulajadi kepada minyak asas yang ultra-bersih dan stabil.  

Selain mengekalkan kebersihan enjin, Shell Helix Ultra juga membantu menyingkirkan enap cemar yang ditinggalkan oleh minyak motor yang kurang bermutu dan memberikan perlindungan yang lebih baik dari kehausan dan kakisan yang seterusnya dapat memanjangkan jangka hayat enjin dan mengurangkan kos penyenggaraan.

 

Shell Helix Dan Waze Lancar Accident Prone Spots Alerts Accident Prone Spots Alerts

 

Pada tahun 2016, Shell Helix melancarkan program waranti enjin yang pertama di Malaysia, iaitu Waranti Enjin Shell Helix (S.H.E.W). Program ini meliputi kos pembaikan atau penggantian 15 komponen enjin yang mungkin mengalami kerosakan sekiranya telah dipastikan bahawa minyak motor Shell Helix gagal untuk memberikan pelinciran dan perlindungan yang sepatutnya.

S.H.E.W. yang diberi secara percuma kepada pengguna Shell Helix, boleh didapati oleh kenderaan penumpang persendirian yang didaftarkan untuk beroperasi dalam Malaysia, yang berusia lapan tahun atau kurang. Baru-baru ini, Shell Helix telah melanjutkan kelayakan bagi program itu untuk kereta yang mempunyai  jarak perbatuan 150,000 km atau kurang.

Untuk maklumat lanjut mengenai barisan minyak motor Shell Helix dan maklumat mengenai promosi sempena dengan musim perayaan yang akan datang, sila layari laman web www.shell.com.my/helixraya.

Musim perayaan seperti ini, jangan lupa servis kereta untuk balik kampung 🙂 http://www.mrjocko.com/2011/08/tips-servis-kereta-untuk-balik-kampung.html

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.