Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Accident Tiada Insurans Kemalangan Diri Apa Nak Buat Part 1 – Jatuh Motor

Malang tidak berbau. Untuk mereka yang selalu menunggang motorsikal, risiko kemalangan ketika menunggang memang ada di mana-mana. Kunci utama ketika menunggang motorsikal adalah berhati-hati dan jangan bawa motor dengan laju. Namun, jika terjadi, Kalau Accident Tiada Insurans Kemalangan Diri Apa Nak Buat Part 1. Nak kongsi apa yang perlu buat kalau kita Jatuh Motor dan tiada Insurans atau Takaful Kemalangan Diri.

Sesiapa sahaja, kalau terlibat dalam kemalangan, pasti akan panik. Tambah lagi kalau ketika kemalangan berlauk, kita yang salah, atau diri sendiri tidak mempunyai polisi Insurans atau Takaful Kemalangan Diri.

Untuk mereka yang cukup lengkap syarat ketika berlaku kemalangan, samada kereta atau motor, ini empat langkah mudah untuk anda ingat jika berlaku kemalangan jalanraya.

1. Ambil Gambar Keadaan Kemalangan
2. Ambil No Telefon dan Butir-Butir Orang Yang Kita Langgar atau Orang Yang Melanggar
3. Segera Ke Hospital dan Panel Hospital Jika Keadaan Serius
4. Segera Buat Laporan Polis

InsyaAllah, langkah pertama anda selesai. Tunggu la langkah seterusnya.

Sumber : Jika Terlibat Kemalangan Jalanraya Apa Yang Perlu Anda Buat

Accident Tiada Insurans Kemalangan Diri Apa Nak Buat Part 1 Jatuh Motor

Kalau Accident Tiada Insurans Kemalangan Diri Apa Nak Buat Part 1 - 01 copy
 

Baca : Kongsi Pandangan Peribadi MrJocko

Namun, apa nak buat kalau ketika kejadian berlaku, jatuh motor akibat kecuaian sendiri dan tidak mempunyai polisi insurans atau takaful kemalangan diri. Memang lagi panik jika accident tersebut mengakibatkan anda patah anggota badan, cedera teruk dan lebih parah melibatkan kematian.

Jika anda terlibat dalam kemalangan seperti ini, contohnya patah tangan atau kaki, ini antara step yang utama.

1. Ambil Gambar Di Tempat Kejadian
2. Kalau Ada Kecederaan Teruk, Seperti Patah, Terus Ke Hospital Kerajaan (Waktu Malam), Tak Perlu Ke Klinik Panel. Membazir Masa dan Wang
3. Daftar Masuk di Hospital Kerajaan Dengan Segera
4. Kalau Tidak Melibatkan Kenderaan Lain, dan tak nak Claim Insurans Kenderaan, Tidak Perlu Buat Laporan Polis.
 

Kalau Accident Tiada Insurans Kemalangan Diri Apa Nak Buat Part 1 - 02

Kalau Accident Tiada Insurans Kemalangan Diri Apa Nak Buat Part 1 - 03

Kalau Accident Tiada Insurans Kemalangan Diri Apa Nak Buat Part 1 - 04
 

Untuk kes Jatuh Motor seperti yang terjadi beberapa hari lepas, saya syorkan anda kalau tidak punyai Insurans atau Takaful Kemalangan Diri, terus sahaja pergi ke Hospital Kerajaan.

Pengalaman kami, dari tempat kejadian, jangkaan kami ada kecederaan retak tulang di pergelangan tangan kerana sudah bengkak. Jadi kami ke Klinik Swasta (Klinik Panel). Masa tu, jam sekitar 11.45pm. Namun, ketika berjumpa doktor, hanya Surat Cadangan ke Hospital Kerajaan yang kami dapat tanpa ada apa-apa, termasuk tidak mencuci luka dan lain-lain. Kami dikenakan charge RM70. Erm, rasa membazir kat sini.

Kami terus ke Hospital Kuala Lumpur, daftar masuk sekitar jam 12.30 tengah malam. Selepas pendaftaran, Pembantu Perubatan melakukan X-Ray tangan dan dapati ada keretakkan dibahagian tangan. Terpaksa simen. Namun, sebab orang terlalu ramai, terpaksa tunggu. Sampai waktu Subuh, baru dapat simen tangan yang retak.

Kos untuk semua ini di Hospital KL hanya RM73 sahaja. Berbaloi juga servis di sini.
 

Kalau Excident Tiada Insurans Kemalangan Diri Apa Nak Buat Part 1 - 05
X-Ray Di Hospital Kuala Lumpur

 

Baca : MrJocko dan Cerita Tentang Tips Financial

Jadi, kesimpulannya untuk pengalaman kami, jika anda terlibat dalam kemalangan, ada kecederaan badan yang serius, lebih baik ke Hospital Kerajaan (bagi yang tiada perlindungan Insurans) atau ke Hospital Pakar untuk servis yang lebih baik. Tak perlu ke Klinik kerana sebenarnya ia membazir masa, tenaga dan wang ringgit.

Untuk semua, kalau anda rasa tak nak susah kemudian hari, sebaiknya ketika muda, ambillah Insurans atau Takaful Kemalangan Diri dan juga Medical Card sebagai persediaan pada masa akan datang. Kalau nak tahu, pakej Insurans atau Takaful mana yang terbaik di Malaysia, boleh cari di laman internet.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.