Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Acronis and Scuderia Toro Rosso Drivers Meet And Greet #F1nale

Sukan lumba Formula 1 akan menamatkan perlumbaan mereka di Sepang International Circuit Malaysia musim ini. Selepas 19 tahun, Litar F1 di Sepang akan sunyi dengan deruman kereta lumba laju. Sebelum pelumba F1 tinggalkan Malaysia, MrJocko sertai majlis Acronis and Scuderia Toro Rosso Drivers Meet And Greet #F1nale bertempat di Putrajaya Marriott Hotel.

Ini adalah event pertama Acronis dengan membawa pemandu F1 bagi pasukan Scuderia Toro Rosso iaitu Carlos Sainz dari Sepanyol dan juga Pierre Gasly dari Perancis untuk bertemu dengan media dalam satu acara yang sederhana.

Acronis and Scuderia Toro Rosso Drivers Meet And Greet

Acronis and Scuderia Toro Rosso Drivers Meet And Greet #F1nale
Carlos dan Pierre Pemandu F1 Scuderia Toro Rosso dan Haze Long, No. 1 Speed Painter Malaysia

 

Majlis Scuderia Toro Rosso Drivers Meet and Greet ini memberikan peluang kepada beberapa rakan media mengenali dengan lebih rapat tentang pemandu pasukan Scuderia Toro Rosso ini dan juga tentang pandangan mereka tentang perlumbaan terakhir F1 di litar lumba Sepang.

Acronis yang bertindak sebaagai salah satu dari penaja utama pasukan Scuderia Toro Rosso turut berkongsi pengalaman mereka dalam membantu pasukan pelumba F1 dalam menyimpan data serta memastikan supaya ia tidak bocor ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab.

Perlumbaan Formula 1 adalah satu perlumbaan terbaik di dunia. Data yang di simpan sepanjang perlumbaan adalah satu data yang penting untuk kegunaan analisis dan percaturan teknikal setiap pasukan pelumba. Data penting seperti ini tidak semestinya dibocorkan kepada pasukan lain dan juga harus di jaga sebaiknya supaya tidak hilang. 

Acronis dengan pengalaman sebagai antara pemimpin global dalam perlindungan data ‘hybrid cloud’ memain peranan penting dalam memberikan servis perlindungan data terbaik seperti melalui sandaran, simpanan dan penyegerakan fail dan berkongsi penyelesaian.

Acronis and Scuderia Toro Rosso Drivers Meet And Greet #F1nale Acronis and Scuderia Toro Rosso Drivers Meet And Greet #F1nale Acronis and Scuderia Toro Rosso Drivers Meet And Greet #F1nale Acronis and Scuderia Toro Rosso Drivers Meet And Greet #F1nale

 

Pada acara Acronis Racing Week kali ini di Kuala Lumpur, Acronis dan Scuderia Toro Rosso membentangkan Acronis Access Advanced 8.0 terkini. Kalau korang nak tahu, pasukan Scuderia Toro Rosso Formula 1 menggunakan Advanced Access Acronis untuk berkongsi telemetri data sulit dan dokumen R & D di antara kilang, jurutera luaran dan subkontraktor.

“Dengan Acronis Access Advanced, kami mengawal data kami sepenuhnya. Kita boleh menjejaki laluan maklumat, lap komputer, komputer riba atau peranti mudah alih jika hilang atau dicuri untuk mengelakkan pesaing daripada mengakses data. Rancangan kami adalah untuk berkongsi data sensitif dengan cara itu, “kata Raffaele Boschetti, Ketua IT Scuderia Toro Rosso.

Produk Acronis disukai oleh mereka yang berada dalam bidang lumba motor dan pemain industri automotif, yang mana keselamatan dan kebolehpercayaan perlindungan data adalah sangat penting. Dianggarkan 30 peratus pelanggan perniagaan baru berasal dari bidang automotif.

 

scuderia toro rosso acronis scuderia toro rosso acronis

 

Dengan pusat R & D global di Singapura, Acronis mengeluarkan penyelesaian inovatif untuk memanjangkan fungsi daripada produk perlindungan data pemenang anugerahnya. Ini termasuk seni bina awan Acronis yang memberi pengguna fleksibiliti pengurusan data yang lengkap, perlindungan ransomware berasaskan AI yang mampu menyekat sifar hari
serangan siber, dan pensijilan data berdasarkan blokchain untuk bukti kesahan data yang tidak berubah.

Nak tahu lebih lanjut mengenai teknologi inovatif Acronis, lawati lamn web rasmi mereka di http://www.acronis.com/

Kalau ada masa, jom layan Formula 1 di Sepang International Circuit. MrJocko dah banyak kali ke sana 🙂 Paling best perlumbaan Formula 1 pada Edisi Ke-10 http://www.mrjocko.com/2008/03/10th-edition-f1-2008-sepang.html

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.