Cerita lama untuk dikongsi, sebab, baru terfikir nak buat pusingan konvoi naik motorsikal pusing Malaysia dengan Action Camera Sony X3000R Untuk Rakaman Video. MrJocko dah cuba banyak kali dan sudah review kamera hebat ini sebelum ini di Facebook, Instagram dan juga YouTube.
Cerita bermula dengan Unboxing Sony X3000R pada awal tahun 2017. Yang ni, salah satu kamera aksi terhebat untuk mereka yang aktif dan perlukan kamera yang stabil, tidak seperti jenama GoPro sebelum ini.
Baca : Unboxing Action Camera Sony X3000R
Action Camera Sony X3000R Untuk Rakaman Video
Selepas itu, setiap kali ada peluang ride samada untuk ke tempat kerja, weekend ride ataupun beberapa ride dekat MrJocko akan guna kamera Sony X3000R untuk rakaman semasa menunggang motorsikal.
Model X3000R sebenarnya datang dengan peranti tambahan, seperti Skrin kecil bersaiz jam tangan. Tapi, nak mudah, boleh saja sambungkan peranti ini dengan smartphone menggunakan aplikasi PlayMemories Sony.
Kamera X3000R adalah kamera aksi terbaik dengan rakaman stabil dan wide. Bukan tu saja, kualiti gambar dan video pun HD – MrJocko
Untuk mereka yang nak tahu apa yang ada dalam kotak set Sony X3000R ini boleh rujuk kepada entry blog MrJocko sebelum ini di pautan di bawah :
http://www.mrjocko.com/2017/02/unboxing-sony-fdr-x3000r-action-cam.html
Bagi mereka yang nak lihat contoh foortage atau rakaman video yang diletakkan di atas tangki motor Ducati Monster 795, boleh layari link ini https://www.youtube.com/watch?v=GFt7T2d3-NQ
Kalau diperhatikan, ia merakan video dengan detail yang lebih jelas, lebih lebih lagi kalau di waktu siang. Sangat jelas dengan rakaman 720p HD atau 1080p HD dengan fungsi lensa dalaman yang mengurangkan gegaran gambar.
Perasan tak, hampir tiada gegaran dirakam sewaktu menunggang. Padahal, setiap masa tayar akan bergegar bila melalui jalan yang tidak rata, terlanggar lubang, melalui ‘bonggol’ dan banyak lagi gegaran lain.
Sudah pasti, untuk rider yang selalu menunggang motorsikal dalam jarak jauh perlukan kamera Sony X3000R ini untuk rakaman mereka. Lagipun, ia merakam kelebaran sehingga 155° dengan gambar dan video yang sangat jelas.
Untuk dapatkan perincian, boleh lihat di laman web Sony Malaysia X3000R.