Acuan Pohon Pitis Kelantan 1904
|
Bagi sesiapa yang belum pernah kenal Pohon Pitis, ini lah rupanya. Pohon Pitis ini terkenal di negeri Kelantan. Yang bekas itu merukakan Acuan Pohon Pitis yang digunakan untuk membuat Pitis.
Sebahagian besar pitis timah Kelantan dibuat menggunakan acuan berbentuk pohon Pitis. Kaedah dan cara ini di percayai munglin diperkenalkan dari negeri China semasa pemerintahan Dinasti Tang (618 – 906).
Ini membuktikan kerajaan Kelantan pada masa itu 1904 sudah menggunakan matawang sendiri untuk diperdagangkan. Sampai sekarang, kalau korang ke negeri Kelantan duit Ringgit Malaysia dan Syilling dikenali sebagai PITIS.
Sebab itu di Kelantan, hingga sekarang, duit lebih dikenali sebagai PITIS. Pitis umpama perkara penting dalam masyarakat Kelantan dan ia menjadi nama yang kekal hingga ke hari ini.
Mungkin kalau satu hari, Kelantan ingin mengeluarkan matawang sendiri, nama PITIS akan menjadi pilihan utama selain Dinar dan Dirham.
MrJocko.com