Site icon Travel Blogger Malaysia

Kisah Benar Ada Blogger Travel Kena Banned Dengan PR

travel-blogger_mrjocko

Kisah Benar kali ini MrJocko nak kongsi bukan berniat untuk komen, perli, sindir atau memalukan sesiapa, namun entry ini adalah bersifat pandangan peribadi sahaja. Semoga apa yang pernah MrJocko tahu dan diberitahu ini akan menjadi pengajaran buat MrJocko dan rakan-rakan blogger lain. Kisah Benar Ada Blogger Travel Kena Banned Dengan PR.

 

Sejak awal 2014, banyak Public Relation Officer terlibat dengan banyak aktiviti Familiarization Trip atau FAM Trip ini bertujuan memperkenalkan Malaysia dan menyemarakkan lagi Visit Malaysia Year 2014 #VMY1024.

 

Dalam kemeriahan ini, ramai rakan blogger dijemput untuk sertai FAM Trip. Bagaimana pemilihan yang dibuat ada berbeza dan bergantung kepada PR dan penaja tersebut.

 

 

Ada Blogger Travel Kena Banned Dengan PR

 

 

 

 

Malangnya ada beberapa orang blogger yang katanya ‘Travel Blogger’ dichop sebagai ‘Kurang Berkualiti’ ketika menyertai FAM Trip yang dianjurkan oleh pihak PR Syarikat atau Penaja. Antara yang selalu diceritakan oleh rakan-rakan PR :

 

1. Blogger sertai FAM Trip dengan hanya Camera Phone – Dah puas dah PR jeling dan skodeng, memang tak bawa kamera yang kecik sekali pun, hanya ambik gambar guna camera phone.

 

2. Serta FAM Trip dalam cara yang betul-betul santai – Waktu ada penerangan dan aktiviti, ada yang skip banyak kali kononnya tak berminat nak sertai itinerary tersebut

 

3. Skip Itinerary – Yang ni paling daring. Ada 10 Itinerary, ada dalam 3 – 4 aktiviti yang dia nak skip. Pening la, Sakit Kaki la, Tak minat la…

 

4. Blogger Minta Bayaran – Bila habis event, ada PR kata Blogger minta bayaran jika nak ublish entry itu dengan bagus dan cepat (lebih kurang), sedangkan dia tak tahu ke Pakej Percutian FAM Trip yang dia follow itu biasanya bernilai sekitar RM1,000++

 

Ini antara yang biasa dikongsi oleh rakan PR. Mereka sebenarnya bukan berkira, tetapi kalau boleh, appreciate sikit apa yang mereka buat. 

 

Untuk Blogger

Memang kebanyakkan FAM Trip memang tidak berbayar melainkan anda seorang Artis Selebriti Terkenal atau Blogger Hebat yang punyai pengaruh yang ramai. Jadi, jika anda rasa anda tak berbaloi sertai FAM Trip itu, maka lebih baik tolak pelawaan FAM Trip tersebut awal-awal.

 

Untuk PR Company

Mungkin anda boleh buat research dan pilih blogger yang ada punya kualiti. Tak semestinya UV tinggi, tetapi lebih kepada passion menulis, aktif di media sosial dan jenis yang kepala tak berkira. Kalau anda PR buat research, pasti anda boleh kenal. Tak payah la ambil Blogger yang UPDATE status FB pun seminggu sekali, Blog Entry Seminggu Sekali,,, dan juga malas nak buat entry sendiri tetapi banyak entry Copy Paste

 

Saya bukan Blogger hebat, saya cuma berkongsi pendapat 🙂

 

Exit mobile version