Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Ada Ular Sawa Besar Di Masjid Negara Kuala Lumpur

Ada Ular Sawa Besar Di Masjid Negara Kuala Lumpur. Hari Jumaat minggu lepas, MrJocko dan Mat Din solat Jumaat di Masjid Negara. Kalau sempat memang kami akan ke sini kerana kat Masjid Negara menyediakan tempat solat yang luas, besar dan selesa.

Masa lalu nak masuk pintu Masjid, terkejut jugak bila lihat seekor ular sawa terbentang di tengah jalan. Besar dan panjang, agak-agak panjang saja dalam 5 meter kot. Umur tidak diketahui.

Baca : Solat Jumaat Di Masjid Negara Kuala Lumpur

 


Ada Ular Sawa Besar Di Masjid Negara Kuala Lumpur

ular_sawa_di_masjid_negara_kuala_lumpur
 

Mulanya ingatkan ular sawa sesat, tapi rupanya ada penjaganya, seorang Penjual Ubat Tradisional. Bila MrJocko lebih dekat, rupanya bukan setakat ular sawa tu saja, tetapi ada ular tedung dan ular-ular berbisa yang lain.

Terganggu kejap niat, tadi nak ke Masjid, terus singgah layan tengok penjual ubat itu mempromosikan ubat-ubatnya. Makin lama makin layan, makin syiok dengar cerita penjual ubat tu, makin lama berdiri depan crowd yang ramai, sama juga mendengar celoteh penjual ubat tersebut.

Sekali tengok jam dah dekat kul 1.00pm. MasyaAllah, dah lambat. Kalau tadi terus ke Masjid boleh dengar tazkirah dulu. Rugi masa kat situ, rugi tenaga. Bukan tak boleh dengar celoteh penjual ubat, cuma masa tu, Solat Jumaat, itu yang lebih utama.

3 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.