Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Adele Menang BRIT Awards 2012

Bagaikan satu fenomena baru bila penyanyi Adele ini menjadi pujaan seluruh negara. Dengan susuk tubuh yang agak gempal dan tidak solid-molid seperti penyanyi lain, Adele tetap memukau penonton. Lagu Someone Like You dan juga Rolling In The Deep memang best. 
Kali ni Adele menang lagi di majlis BRIT Awrads 2012. Lagu-lagu yang Adele nyanyikan memberi banyak kemenangan kepadanya. Kemenangan berganda di muzik Brit 2012 di United Kingdom, Selasa, 21 Februari 2012. 
Mengejutkan juga ketika Adele sudah mengambil hadiah untuk anugerah Album Tahun dan Artis Solo Wanita Terbaik British, beliau menunjukkan isyarat lucah di hadapan penonton semua setelah ucapan beliau dihentikan oleh pengacara majlis. Adele rasa tak puas hati kot…

Tahun ini merupakan satu tahun yang dramatik untuk Adele, kerana khabarnya lagu-lagu yang terhasil adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri dan ia memberi banyak kemenangang kepada beliau.

Album keduanya “21” memenangi enam Grammys minggu lepas dan telah menjual lebih daripada 6 juta salinan di Amerika Syarikat sahaja. Dengarnya  Adele terpaksa menjalani pembedahan “kord vokal suara” pada November untuk memastikan kesihatan peti suaranya supaya masih terus boleh menyanyi. 
Adele menyampaikan persembahan luar biasa dengan lagu “Rolling Deep” kepada beribu-ribu peminat dan orang dalam industri di arena O2 di London.
“Ia merupakan satu tahun yang menakjubkan,” kata Adele.
Sumber Berita dan Gambar Yahoo
MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.