Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

AFamosa Pancing Competition 2013 Di Kolam Pancing AFamosa Resort

Hari ini, MrJocko sempat ke pertandingan memancing anjuran AFamosa Resort di Kolam Pancing kawasan ini bersempena dengan AFamosa Pancing Competition 2013. Pertandingan ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

Pertandingan memancing yang diberi nama AFamosa Pancing Competition 2013 ini berjaya menarik lebih 260 penyertaan dari peminat joran sekitar Melaka dan Negeri Sembilan. Pertandingan memancing air tawar di kolam buatan AFamosa ini memang meriah dengan kehadiran peserta pertandingan dan juga ahli keluarga mereka.

 

 

 

 

Sejumlah lebih RM20,400 hadiah wang tunai disediakan manakala lebih RM10,000 hadiah cabutan bertuah menanti kaki pancing dalam AFamosa Pancing Competition 2013 yang berlangsung pada 10 November 2013 ini.

Di akhir pertandingan, saudara Hanis berjaya menaikkan seekor ikan patin seberat 10.4 kg dan 10.2 kg melayakkan belian untung bergelar Juara dan Naib Juara pertandingan AFamosa Pancing ini dan melayakkan beliau membawa pulang RM10,000 dan RM3,000 berserta hadiah iringan. Hadiah ketiga dimenangi oleh saudara amat yang membawa pulang wang tunai RM1,000.

Tidak habis kat situ kerana ada 30 hadiah cabutan bertuah dan 5 hadiah utama berupa basikal mountain bike, ride bike, Camera Digital, TV 32" LCD dan hadiah cabutan utama Sebuah Motosikal Modenas MR1 telah menemui pemenang-pemenangnya.

Bagi peminat kaki pancing dan kaki joran sekitar Melaka, Johor dan Negeri Sembilan, nantikan pertandingan memancing di AFamosa Resort pada masa yang akan datang dengan hadiah yang lebih menarik.

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.