Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pertama Kali Sertai AFC 2017 Singapore Media Trip Bersama Blogger

AFC 2017 membuka tirainya di Singapura. Ini juga pengalaman Pertama Kali Sertai AFC 2017 Singapore Media Trip Bersama Blogger dan Media Malaysia. Selama 3 hari 2 malam, kami akan berkumpul di Marina Bay Sand Singapura sempena dengan kejohanan Asia Fighting Championship 2017 Singapore.

Bersama 3 lagi rakan blogger, Kelly Chin (www.sunshinekelly.com), Max Lim (http://runwitme.blogspot.my) dan Jessica Yong (http://www.jessytheklchic.com), kami sama-sama terbang dari KLIA2 menuju ke Changi Airport dengan penerbangan Jetstar. Untuk info, ini pengalaman pertama MrJocko terbang dengan penerbangan Jetstar.

AFC 2017 Singapore Media Trip Bersama Blogger

 

AFC 2017 Singapore Media Trip

 

Ini satu pengalaman baru. Rupanya, AFC 2017 #AFC2017 #AsiaFightingChampionship antara event dan kejohanan sukan martial arts yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminat sukan lasak ini. Lagipun, kali ini, ada 3 wakil dari Malaysia menyahut cabaran untuk bertarung dikejohanan pertama AFC 2017 Singapore ini.

Walaupun ia pertama kali diadakan, ia mempunyai pengaruh yang agak besar. Peminat sukan yang berasaskan Muay Thai ini rupanya meluas sehingga ke seluruh dunia. Kali ini, senarai peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini adalah antara peserta terbaik dunia, termasuk 3 ornag wakil dari Malaysia.

 

AFC 2017 Singapore Media Trip Bersama Blogger

 

Untuk penginapan, kami berpeluang untuk menginap di Bay Hotel Singapore, antara hotel 4 Bintang berdekatan dengan lokasi strategik di Singapura. Lebih penting, hotel ini sangat denkat dengan Seah Imm Food Centre yang mempunyai banyak gerai makanan Muslim dan Halal. Jalan kaki dari lobby hotel cuma memakan masa selama 5 minit sahaja.

Oh ya, satu lagi, ia juga berdekatan dengan lake garden Mount Faber Park, Singapore Cable Car dan juga lokasi Masjid Al-Amin Singapore. Berhadapan Hotel, ada shopping mall yang besar dan luas diberi nama ViVoCity Singapore.

 

AFC 2017 Singapore Media Trip Bersama Blogger AFC 2017 Singapore Media Trip Bersama Blogger AFC 2017 Singapore Media Trip Bersama Blogger

 

Ini satu pengalaman baru travel ke Singapura. Sebenarnya dah lama juga MrJocko tak datang ke Singapura. Ini juga trip pertama MrJocko ke Marina Bay Sand Singapore. Tak pernah sampai dan ini adalah trip yang buatkan MrJocko tak sabar nak singgah di sini.

Apa yang menarik di Singapura? Sudah pasti ada macam-macam tempat menarik di Singapura yang boleh MrJocko terokai. Namun, buat sementara ini, MrJocko nak fokus dulu kepada Media Trip AFC 2017 Singapore. Ini peluang untuk lihat kejohanan Muay Thai bertaraf antarabangsa dengan mata sendiri di Marina Bay Sand.

Kalau nak tahu serba sedikit tentang AFC 2017 boleh layari laman web rasmi Asia Fighting Championship 2017 http://asiafightingchampionship.com.

Baca juga MrJocko Travel Ke Singapura www.mrjocko.com/tag/singapore

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.