Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

AFC Asia Cup Qualifiers 2023 Malaysia Bangladesh #GalaxyS22Plus

Penantian selama 42 tahun berbaloi dengan perlawanan terakhir AFC Asia Cup Qualifiers 2023 Malaysia Bangladesh di Stadium Bukit Jalil semalam, 14 Jun 2022. Kami sendiri membeli tiket untuk menyokong pasukan Harimau Malaysia dalam kempen akhir untuk mendapatkan tempat di Kejohanan Asia Cup 2023 nanti. Semua perkongsian gambar dan video dalam artikel ini menggunakan Samsung #GalaxyS22Plus, peranti terbaik kami.

Seawal jam 5.00 petang, kawasan Stadium Nasional Bukit Jalil sudah dipenuhi dengan ribuan penyokong Harimau Malaysia dan juga Bangladesh. Kami sampai agak lewat, 6.30 petang bergerak dari Stesen Sentul Timr dan sampai di Stesen Bukit Jalil sekitar jam 7.00 petang. Pintu mula dibuka sekitar jam 7.00 petang dan kami melepasi kawalan keselamatan yang ketat untuk memasuki stadium.

Baca : AFF Suzuki 2012 Harimau Malaya

Example

 


AFC Asia Cup Qualifiers 2023 Malaysia Bangladesh #GalaxyS22Plus

AFC Asia Cup Qualifiers 2023 Malaysia Bangladesh
 

Tempat duduk di Gate B, biasanya akan menjadi tumpuan penyokong fanatik bolasepak kerana di sini disediakan tempat duduk khas penyokong Ultras Malaya yang juga dikenali sebagai Ekor Harimau Malaya. Seawal 30 minit sebelum permainan bermula, Ultras Malaya telah menghidupkan suasana stadium dengan pukulan gendang dan sorakan padu. Belum habis, ia kemudiannya diselang seli dengan nyanyian semangat sepanjang perlawanan, khas buat Pemain Harimau Malaya.

Perlawanan dimulakan tepat jam 9.00 malam dan pastinya kemeriahan malam perlawanan gemuruh dengan sorakan dari kedua-dua pasukan. Paling meriah pastinya dari sokongan Ultras Malaya yang bergema hampir ke seluruh stadium.
 

AFC Asia Cup Qualifiers 2023 Malaysia Bangladesh

AFC Asia Cup Qualifiers 2023 Malaysia Bangladesh

AFC Asia Cup Qualifiers 2023 Malaysia Bangladesh
Pintu Masuk Stadium Gate B

AFC Asia Cup Qualifiers 2023 Malaysia Bangladesh

AFC Asia Cup Qualifiers 2023 Malaysia Bangladesh
 

Saingan peringkat kumpulan kelayakan Piala Asia 2023 bagi perlawanan terakhir kumpulan E membabitkan pasukan Malaysia menentang Bangladesh pada hari Selasa, 14 Jun 2022 bermula jam 9 malam bertempat di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Aksi perlawanan Malaysia vs Bangladesh turut disiarkan secara siaran langsung atau live streaming di saluran sukan Astro Arena dan TV9 seawal jam 8:45 malam bermula dengan siaran pra rancangan perlawanan – Media

Kali ini, memang puas hati menonton sendiri perlawanan bersejarah ini depan mata. Kami antara 52,964 penonton yang hadir, berada di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemenangan menjadi milik Malaysia, hasil percaturan permainan yang sangat memuaskan. Dari awal hingga akhir, pasukan Harimau Malaya menyerang dan 4 jaringan yang terhasil sangat-sangat membanggakan.

Detik-detik perlawanan Malaysia vs Bangladesh ini kami rakam dengan peranti Samsung Galaxy S22 Plus, terbukti terbaik untuk penghasilan gambar di waktu malam atau low light.
 

AFC Asia Cup Qualifiers 2023 Malaysia Bangladesh
 

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Bangladesh menyaksikan Malaysia berjaya menundukkan Bangladesh dengan jaringan 4 – 1. Jaringan pasukan Harimau Malaya dijaringkan oleh Safawi Rasid 16′ (P), Dion Cools 38′, Syafiq Ahmad 47′ dan Darren Lok 73′. Manakala jaringan tunggal paskan Bangladesh dijaringkan oleh Ibrahim pada minit 31.

Tahniah Malaysia! Tahniah Harimau Malaya! Tahniah Jurulatih Kim Pan-Gon! Kekalkan prestasi terbaik ini hingga ke perlawanan Asia Cup 2023 di negara China.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.