Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Afdlin Shauki Muflis, Aaron Aziz Kemalangan? Gosip Yahoo Malaysia

Hari ni buka Yahoo Malaysia nak tengok emel, sekali terpampang berita gosip Afdlin Shauki  Muflis? Aaron Aziz meninggal dunia? Ini berita di papara Yahoo Malaysia hari ni. Apa ni semua? Adakah Yahoo Malaysia pun dah mula main berita Gossip menggossip???

 

Tak bagus la kalau Yahoo Malaysia banyak sangat cerita gossip macam ni. Cerita tak benar, cerita tak betul, nanti kredibiliti Yahoo juga yang tercalar.

 

Dulu MrJocko suka juga baca headlines di Yahoo Malaysia kerana ia banyak berita membina, berita semasa, info menarik dan banyak dengan maklumat terkini. Dulu di Yahoo Malaysia jarang ada berita gossip pasal artis ni, tetapi sekarang, saban hari muncul berita pasal gossip artis kat Yahoo Malaysia.

 

 

Gosip Afdlin Shauki & Aaron Aziz di Yahoo Malaysia

 

Gosip Afdlin Shauki & Aaron Aziz di Yahoo Malaysia
Gosip Aaron Aziz di Yahoo Malaysia

 

Tengok sahaja dua berita pasal Afdlin Shauki dan Aaron Aziz ni. Sekali orang tengok, sekali orang imbas, nanti orang ingat ini berita betul. Sedangkan ini semua cara nak tarik pembaca masuk ke artikel tersebut. Harap lepas ni Yahoo Malaysia kekalkan kepada konsep headlines macam dulu-dulu. Kurang kan berita pasal gossip ni. Kalau nak cerita pasal artis, cerita pasal aktiviti artis atau selebriti sudah la… Gossip murahan macam ni tak sesuai dengan jenama Yahoo Malaysia.

 

p/s : pandangan sahaja, tiada kena mengena dengan blog hiburan dan gossip lain

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.