Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Air Terjun Jewel Changi Airport Singapura

Sesuatu yang baru, Air Terjun Jewel Changi Airport Singapura. Ia kini menjadi mercu tanda terbaru Singapura. Bayangkan bila anda terbang, anda mendarat dan disambut oleh air terjun tertutup tertinggi di dunia setinggi bangunan empat tingkat. Ia terletak dalam kehijauan di Lembah Hutan tertutup terbesar di Singapura, dengan lebih daripada 2,000 pokok dan lebih daripada 100,000 pokok renek dari Australia, Brazil, China, Malaysia, Thailand dan Amerika Syarikat.

Sesiapa sahaja yang melepasi Changi International Airport selepas ini pasti akan teringin untuk singgah di sini. Ia umpama syurga lapangan terbang, tidak ada di lapangan terbang lain selangi di Changi Airport Singapura.

Air Terjun Jewel Changi Airport Singapura

Air Terjun Jewel Changi International Airport Singapura
Jewel Changi International Airport

Pertama kali MrJocko singgah di Changi Airport Singapura pada September 2017, ketika menyertai Media Trip ke Asia Fighting Championship

Masa tu, belum ada lagi info atau berita tentang Air Terjun Jewel Changi International Airport ini. Namun, MrJocko boleh agak di mana ia terletak sebab kawasan tersebut antara ruang kosong yang sangat luas pada waktu itu.

Jewel Changi Airport (Jewel) di Changi Airport Singapura telah dibuka secara rasmi pada bulan April 2019. Ia terletak di Terminal 1. Kos pembinaan Jewel Changi Airport Singapura mencecah $1.3 Billion

Terlebih dahulu pihak Jewel Changi Airport telah menawarkan sesi Preview lebih awal pada 11 – 16 April 2019 di Jewel Changi Airport untuk orang awam. Sekumpulan mereka yang bertuah menjadi antara orang yang pertama untuk datang melihat sendiri keindahan Jewel Changi Aiport Singapura.

Air Terjun Jewel Changi Airport

Air Terjun Jewel Changi Airport

Air Terjun Jewel Changi Airport

Antara tarikan di Jewel Changi Airport ialah tarikan Rain Vortex, air terjun dalaman yang terbesar di dunia, Forest Valley sebuah taman dalaman yang mempunyai lima tingkat, serta Canopy Park dan Canopy Bridge di tingkat paling atas, yang menampilkan taman-taman dan kemudahan riadah.

Jadi, kalau anda berpeluang untuk singgah di Changi Airport, ambil masa seketika untuk lihat sendiri keindahan di Jewel. Pasti berbaloi…

Untuk maklumat lanjut mengenai Jewel, sila layari laman web rasmi mereka di pautan www.jewelchangiairport.com

Kami tidak sabar-sabar untuk menyambut anda di Jewel tidak lama lagi!

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.