Air Terjun Sipiso Piso Medan Antara Yang Tercantik Di Asia
|Yang menjadi impian antara pelancong kalau ke Sumatera Utara, khususnya ke Medan, ialah lokasi air terjun yang cantik terletak di daerah Kabupaten Karo. Kawasan ini adalah terletak berdekatan dengan persisir Lake Toba dan lokasinya di perkampungan bernana Desa Tongging. Di sini ada Air Terjun Sipiso Piso Medan Antara Yang Tercantik Di Asia.
Menurut Tour Guide kami, Brader Herman, air terjun Sipiso Piso ini berada di tebing bukit dengan ketinggian sekitar 800 meter dari paras laut. Ia di kelilingi oleh hutan pinus dn airnya terus mengalir ke Lake Toba.
Air Terjun Sipiso Piso Medan
Air Terjun Sipiso Piso Di Medan dikatakan setinggi 120 meter. Ia diberi nama Sipiso Piso kerana mengikut cerita, air yang terjun ini antara yang tinggi dikawasan ini dan menjadi tajam seperti pisau. Sebab itu, orang tempatan menggelarkannya dengan nama Piso (Pisau).
Kalau nak kira jauh dari bandar Medan, ia memang jauh. Kalau nak kereta atau bas, ia memakan masa selama hampir 4 jam. Tetapi, lebi elok kalau ambil pakej pelancongan dari Medan ke Berastagi dahulu, bermalam untuk semalam di mana-mana hotel dan kemudian hari kedua baru singgah di Air Terjun Sipiso Piso.
Masuk ke kawasan ini adalah Percuma. Ada deretan kedai restoran masyarakat tempatan dan juga kemudahan toilet. Ruang untuk bergambar juga luas di tapak Air Terjun Sipiso Piso.
Samada korang pilih untuk bergambar dari atas atau turun ke bawah, mengikut kesesuaian pelancong. Untuk ke bawah memang ada tangga dan ia memakan masa selama 15 minit untuk turun ke sana. Sebaiknya, untuk yang ada masalah kaki, ambil gambar kenangan Air Terjun Sipiso Piso di atas sahaja sudah cukup.
Dari tapak parkir, jika di sebelah kanan, korang akan nampak Air Terjun Sipiso Piso Medan. Di Sebelah kiri, akan ada pemandangan cantik, luas mata memandang. Itulah dia Lake Toba. Samada pemandangan di Air Terjun atau pemandangan menghadap Lake Toba, dua-dua punyai pemandangan yang cantik untuk dijadikan kenangan.
Kalau nak baca entry blog lama pasal Lake Toba dan Pulau samosir boleh baca di blog MrJocko http://www.mrjocko.com/2015/08/my-medan-trip-part-4-beautiful-lake-toba-view.html
Sudah pasti, kalau ke Medan, ambil masa untuk pusing sekitar lokasi tempat menarik di Medan seperti Berastagi, Air Terjun Sipiso-Piso, Lake Toba, Pulau Samosir, Taman Simalem dan juga di pergunungan Gunung Sinabung dan Gunung Sibayak.
Berminat untuk baca lagi tentang Air Terjun Sipiso-Piso boleh baca di laman web ini http://www.gosumatra.com/air-terjun-sipiso-piso/