Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

AirAsia Bloggers Community 2nd Anniversary Party Bangkok 2015

AirAsia Bloggers’ Community menyambut ulangtahunnya yang Ke-2 pada tahun ini selepas ulangtahun Pertama di Melaka tahun 2013. Tahun ini, sambutan diadakan di Bangkok di bawah penganjuran pihak AirAsia Thailand. Kami, wakil blogger dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, China, Korea Selatan, Jepun dan juga Australia berkumpul di Hotel Eastin Grand Sathorn Bangkok untuk 2nd Anniversary Party Bangkok 2o15.

Sebelah siang, kami dibahagikan kepada 12 kumpulan untuk meneroka bandar Bangkok dalam pertandingan Photo Rally #AABC2015 dan sebelah malamnya kami dijemput untuk sertai Parti AABC 2nd Anniversary 2015.

Untuk tema tahun ini di Party AABC, kami diberikan tugas untuk memakai pakaian Tradisional Kebangsaan Negara. Jadi, tak perlu susah, MrJocko dengan sukarelanya memakai pakai Baju Melayu dan Bersamping serta bersongkok untuk majlis makan malam di Party AABC 2nd Anniversary 2015.

Kemeriahan memang terasa bila kesemua blogger yang terlibat seluruh Asian turut sama tampil dengan pakaian Tradisional Kebangsaan mereka. Banyak yang menarik termasuk pakaian Mek Oni dari Malaysia, Pakaian wakil dari Thailand dan juga Ms Sunny wakil dari Korea Selatan.

Dinner Party AABC 2nd Anniversary 2015

AirAsia 2nd Anniversary Party Bangkok 01 AirAsia 2nd Anniversary Party Bangkok 02 AirAsia 2nd Anniversary Party Bangkok 03 AirAsia 2nd Anniversary Party Bangkok 04 AirAsia 2nd Anniversary Party Bangkok 05 AirAsia 2nd Anniversary Party Bangkok 06 AirAsia 2nd Anniversary Party Bangkok 07 AirAsia 2nd Anniversary Party Bangkok 08 AirAsia 2nd Anniversary Party Bangkok 09 AirAsia 2nd Anniversary Party Bangkok 10 AirAsia 2nd Anniversary Party Bangkok 11 AirAsia 2nd Anniversary Party Bangkok 12

 

 

Malam kemuncak Dinner Party AABC ini juga mengumumkan pemenang bagi Photo Rally #AABC2015 dan memberikan 20 Hadiah Cabutan Bertuah berupa Voucher membeli belah serta Pakej Tiket Penerbangan AirAsia dan AirAsiaX untuk pemenang. Wow!!! Sangat bertuah.

Nampaknya dari Malaysia, Eugene (Tempat Ketiga Photo Rally #AABC2015), Cipot Redz (Tempat Pertama Photo Rally #AABC2015), Mek Onie (Tempat Ke-2 Pakaian Terbaik), Wendy Pua (lucky Draw), Cynthia (Grand Lucky Draw). Tahniah buat anda semua.

MrJocko tak menang apa-apa. Tetapi seriously, ini satu pengalaman baru buat MrJocko dan ‘a new milestone’ untuk kerjaya MrJocko sebagai Travel Blogger berpeluang mengenali ramai Blogger Terbaik seluruh Asian.

Kata Eugene, PR AirAsiaX, walaupun kami Blogger dari Malaysia tak banyak menang, tapi kami adalah Kontinjen Group Blogger Terbaik. Yeay!!!

Untuk melihat banyak lagi koleksi gambar sempena AirAsia Bloggers’ Community 2nd Anniversary 2015 di Bangkok, anda boleh Google dan layari Instagram dengan Hashtag #AABC2015

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.