Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Apa Itu AirAsia Bloggers Community #AABC

Malaysia Travel Blogger

AirAsia Bloggers Community

Semalam MrJocko menerima jemputan rasmi dari pihak AirAsia Bloggers Community (AABC) untuk menjadi sebahagian dari komuniti blogger yang bersama-sama dalam mempromosikan promosi, produk serta event berkaitan AirAsia. 

Komuniti Blogger AirAsia ini memang sudah lama ditubuhkan sebagai satu inisiatif AirAsia dalam menyalurkan informasi tentang promosi, produk serta event anjuran AirAsia. 

Tujuannya mungkin untuk bergabung dengan seberapa ramai blogger samada di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Australia, Korea, Jepun dan hampir kesemua negara yang punyai laluan perjalanan AirAsia untuk sama-sama membantu mempromosikan jenama AirAsia.

Mungkin ramai blogger yang tidak mengetahuinya kerana ada rakan-rakan yang dapat peluang untuk sertai AirAsia Blogger’s Community tidak berkongsi maklumat dengan rakan blogger lain. Mungkin…

Jika anda rasakan blog anda berkualiti dan punyai ciri-ciri blog yang bagus, apa kata cuba hubungi wakil AirAsia Bloggers’ Community untuk sertai program ini. Anda akan dihubungi oleh wakil AirAsia Bloggers’ Community AABC jika blog anda memiliki requirement yang diperlukan.

 

Selamat mencuba.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.