Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

AirAsia Cadang Sambung Penerbangan Domestik Akhir April 2020

Syarikat penerbangan tambang murah terbaik Asia iaitu AirAsia Cadang Sambung Penerbangan Domestik Akhir April 2020. Syarikat ini akan menyambung semula penerbangan domestik terpilih yang akan dijadualkan seawal 29 April 2020. bagaimanapun, semua ini tertakluk kepada kelulusan pihak berwajib.

Ketika berkongsi kenyataan dengan pihak media, wakil syarikat AirAsia berkata, penerbangan domestik akan disambung semula bermula di Malaysia pada 29 April, diikuti oleh AirAsia Thailand dan AirAsia Filipina pada 1 Mei. Manakala AirAsia India tarikh 4 Mei dan AirAsia Indonesia pada 7 Mei.

Baca : Bagaimana Tips Nak Dapatkan Harga Tiket Murah AirAsia dan AirAsiaX



AirAsia Cadang Sambung Penerbangan Domestik Akhir April 2020

AirAsia Cadang Sambung Penerbangan Domestik Akhir April 2020
 

Namun, bagi penerbangan AirAsiaX ke destinasi antarabangsa pula, ia akan disambung semula secara berperingkat, apabila keadaan bertambah baik dan sehingga sekatan perjalanan ditarik balik oleh kerajaan.

“Penerbangan yang tersedia boleh ditempah melalui laman web airasia.com dan aplikasi mudah alih sekarang. Pelanggan juga boleh menggunakan akaun kredit mereka untuk menebus penerbangan ini.

Maklumat lanjut mengenai laluan-laluan penerbangan lain dan jadual penerbangan akan diumumkan dalam beberapa minggu akan datang, tertakluk kepada kelulusan kerajaan.

Presiden (Syarikat Penerbangan) Kumpulan AirAsia, Bo Lingam berkata, “AirAsia mengemas kini prosedur pengendalian pelanggan secara menyeluruh daripada pelepasan sehingga dalam penerbangan berikutan pandemik wabak penyakit COVID-19 yang menyerang seluruh dunia.”

Kumpulan AirAsia telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk memastikan bahawa semua langkah pencegahan yang disarankan dilakukan untuk memastikan perjalanan yang selamat dan selesa untuk semua, khususnya penumpang AirAsia.

“Kami berbesar hati untuk menyambung semula penerbangan dan perkhidmatan kami kepada pelanggan bermula dengan laluan domestik dan berharap untuk kembali beroperasi sepenuhnya secepat mungkin.

“AirAsia mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan pelanggan dan kakitangan kami. Justeru, kami bekerjasama secara aktif dengan semua pengawal selia, kerajaan tempatan, pihak berkuasa penerbangan awam dan kesihatan.

“Kami juga mematuhi panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk memastikan standard tertinggi dalam setiap penerbangan,” katanya.

Semua pelanggan dinasihatkan untuk mengamalkan langkah perlindungan yang disyorkan secara universal termasuk memakai topeng muka, penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri.

“Semua pesawat yang dilengkapi dengan Penapis Udara Kecekapan Tinggi (HEPA) standard hospital juga akan melalui prosedur pembasmian kuman secara menyeluruh selepas setiap penerbangan.

“Pelanggan turut dinasihatkan untuk menyemak Nasihat Perjalanan yang dikeluarkan oleh AirAsia di airasia.com dan platform media sosial. Mereka juga digalakkan untuk menyemak status penerbangan mereka di airasia.com/flightstatus untuk maklumat terkini secara langsung berikutan keadaan yang sentiasa berubah pada masa ini,” katanya.

InsyaAllah, kita doakan supaya wabak Coronavirus Covid-19 ini akan cepat habis dan kita semua dapat kembali normal terbang ke mana sahaja yang kita mahu tanpa rasa takut.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.