Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

AirAsia Free Seats Tolong Terbangkan Saya Ke Vivid Sydney Australia

AirAsia Free Seats banyak beri peluang MrJocko travel dalam dan luar negara. Sejak pertama kali MrJocko kembara ke luar negara dengan penerbangan AirAsia, bermula dengan destinasi Jakarta, Indonesia pada tahun 2007, MrJocko mula mengumpul koleksi gambar-gambar percutian ini untuk tatapan kenangan peribadi. Kalau dulu, banyak gambar persendirian, bergambar di lokasi menarik ketika bercuti, namun kini semakin berubah di mana MrJocko mengumpul koleksi gambar-gambar pemandangan yang menarik untuk di kongsi dengan pembaca Blog MrJocko.com

Selama lebih 8 tahun kembara bercuti di sekitar Asia dan terbang bersama AirAsia dan AirAsiaX, banyak yang sudah menjadi koleksi pemandangan landskap yang dikumpul termasuk gunung-ganang, pantai, lautan, pulau, bangunan bersejarah dan banyak lagi. Yang belum banyak dalam simpanan adalah koleksi ‘Night Photography‘ atau pemandangan lampu-lampu di malam hari yang sememangnya mempunyai tarikan yang tersendiri.

Baca : Tempat-Tempat Menarik Di Australia Pilihan Orang Malaysia

Setakat ini, yang ada dalam koleksi MrJocko, hanya lebih kepada pemandangan lampu neon malam yang biasa yang di ambil di beberapa lokasi seperti di Melbourne, Tokyo, Taiwan, Seoul, Bangkok dan beberapa lokasi lain.

 



 

AirAsia Free Seats Tolong Terbangkan Saya Ke Vivid Sydney Australia

Antara gambar ‘Night Photography’ yang MrJocko suka’

night-photography-mrjocko-06
Phuket, Thailand
night-photography-mrjocko-04
Hua Hin, Thailand
night-photography-mrjocko-03
Melbourne, Australia
night-photography-mrjocko-05
Menara Kuala Lumpur, Malaysia
night-photography-mrjocko
Kaohsiung, Taiwan

Bila terlihat beberapa gambar dan promo iklan ini dengan promo Free Seats AirAsia, hati mula tidak tenang. Melihat beberapa gambar tentang Vivid Sydney pada tahun 2012, 2013, 2014 dan baru sahaja tamat Vivid Sydney 2015, teringin sangat untuk merancang trip ke sana tahun depan sekitar bulan Mei – Jun 2016.

Vivid Sydney 

vivid_sydney_main
Vivid Sydney

Apa itu Vivid Sydney Australia?

Vivid Sydney Australia adalah satu acara festival 18 hari yang dibahagikan kepada 3 kombinasi utama seperti Vivid Light (cahaya), Vivid Music (Muzik) dan Vivid Idea (Idea).

Vivid Light (Cahaya) mengubah Sydney menjadi bandaraya ajaib penuh dengan arca ‘cahaya seni’. Ketika ini, pemasangan lampu inovatif dan unjuran berskala besar dibuat untuk dipancarkan kepada beberapa bangunan terpilih untuk menjadikan kotaraya Sydney ini berwarna warni dengan cahaya yang menakjubkan. Seluruh warga Sydney akan dapat menikmati keindahan pancaran cahaya Vivid Light ini secara percuma. Ia adalah sambutan cahaya yang direka bentuk khans serta hasil luaran ‘seni galeri’ terbesar di dunia. Vivid Light ini akan melibatkan ramai artis lampu, pereka dan pengeluar produk cahaya dari seluruh Australia dan dunia untuk menerangi, mentafsir dan mengubah ruang bandar Sydney selama 18 malam melalui visi kreatif mereka yang kreatif.

Vivid Music (Muzik) akan mempersembahkan program muzik kontemporari canggih. Ramai pemuzik yang terkenal dan terbaik samada dari Australia dan antarabangsa akan bergabung membuat persembahan di pentas terkenal, Sydney Opera House. Sebagai contoh, Vivid Sydney 2015 yang lepas menjadi tuan rumah kepada penganjuran ini dan ia sememangnya meriah dan dipersembahkan secara langsung kepada semua penonton.

Vivid Idea (Idea) adalah sambutan tahunan Asia Pasifik untuk inovasi, kreativiti dan kemasyarakatan. Ia membina penonton dan pasaran untuk industri kreatif, dan menawarkan peluang-peluang pembangunan profesional di dalam sektor ini.

Sudah pasti, yang menjadi ‘highlight event‘ di Vivid Sydney ini adalah Vivid Light yang mana ia sudah pasti akan merubah bandar Sydney menjadi canvas yang akan dihiasi dengan warna-warni cahaya yang unik, kreatif dan menakjubkan sesiapa sahaja yang menontonnya.

Lihat sahaja beberapa gambar ketika Vivid Light 2014 dan Vivid Light 2015 yang lepas. Ia amat mengujakan MrJocko dan memang ia sangat menarik untuk ditontoni ‘Langsung’ di kotaraya Sydney, Australia.

 

vivid-sydney-australia-2014 vivid-sydney-australia-2015-lights-01 vivid-sydney-australia-2015-lights-02

vivid-sydney-australia-2014-lights-02 vivid-sydney-australia-2014-lights-03 vivid-sydney-australia-2014-lights-05

Vivid Sydney 2013. The fun and interactive projection Move your Building at Customs House is an Australian-first where dancers’ movements on a specially designed outdoor dance floor are reflected in the projections.

vivid-sydney-australia-2015-lights-06

 

Kredit Gambar : Internet

 

Secara peribadi, peluang untuk melihat sendiri festival seperti Vivid Sydney ini umpama mimpi yang menjadi kenyataan. Dalam masa 18 hari festival Vivid Sydney ini berlangsung, kota Sydney ini akan dimandikan cahaya gemerlapan lampu yang akan memukau mata sesiapa sahaja. Indah kan???

Kenapa MrJocko ingin ke Vivid Sydney?

MrJocko memang seorang pengembara dan jenis yang suka travel dengan merakamkan moment terbaik untuk di kongsi bersama rakan dan pembaca blog MrJocko.com. Vivid Sydney sudah pasti akan memberi MrJocko peluang baru untuk menambah koleksi ‘night photography‘ terbaik serta ‘content’ yang baru untuk penulisan tentang Australia selepas ini. Sudah pasti kenangan percutian di Vivid Light Sydney ini akan menjadikan satu memori terindah untuk sesiapa sahaja.

Bagaimana nak ke Sydney?

Sudah pasti anda boleh menempah penerbangan AirAsiaX yang menawarkan Satu (1) Penerbangan setiap hari dari KL – Sydney dengan harga Promosi bermula serendah RM299. Cepat dapatkan tempat duduk PERCUMA anda dengan menempah dari 22 Jun – 28 Jun 2015 untuk penerbangan dari 15 Februari – 31 Ogos 2016.

 

Tiket-Murah-AirAsia
Free-Seats-AirAsia

 

AirAsia Free Seats : Tolong Terbangkan Saya Ke Vivid Sydney Australia

Maklumat lanjut tentang AIrAsia Free Seats anda boleh layari laman web AirAsia dan tempah secara pakej di AirAsiaGo.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.