Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

AirAsia Mahu KLIA2 DiKenali Sebagai LCCT KL

Kemelut antara Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) terus berpanjangan nampaknya. AirAsia kini berkeras untuk terus melabel Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sebagai Terminal Penerbangan Tambang Rendah Kuala Lumpur atau singkatan (LCCT KL). Oleh itu, KLIA2 DiKenali Sebagai LCCT KL.

Ini meskipun pengendalinya, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada minggu lalu menegaskan terminal itu kekal sebagai KLIA2.

AirAsia menegaskan, syarikat berkenaan adalah penyewa terbesar yang mengendalikan 98 peratus di terminal itu.

 

Isu KLIA2 kini nama baru LCCT KL

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar  berkata, penukaran nama kepada LCCT KL sangat penting sebagai identiti kepada AirAsia selaku pemain dalam industri penerbangan kos rendah utama di Malaysia dan Asia.

Pelik juga apa sebenarnya yang MAHB mahukan? Kalau kebiasaannya, jika Penyewa menyewa hampir satu bangunan, penyewa sepatutnya diberi hak untuk menamakan apa yang mereka mahu. Itu kebiasaannya.

Nampak seolah MAHB terus menafikan bahawa KLIA2 bukan hab tambang rendah sedangkan 98 peratus daripada penerbangan adalah dari AirAsia. Lagipun, sebagai syarikat yang semakin terkenal dan berkembang, mereka mahukan ruang yang memang besar untuk perancangan mereka.

Ibu pejabat AirAsia kini terpaksa beroperasi di LCCT ekoran kelewatan MAHB menyiapkan beberapa projek lain di KLIA2 sehingga menyebabkan pembinaan ibu pejabat baharunya turut terjejas. Ini tidak termasuk beberapa isu banjir yang berlaku di KLIA2 sebelum ini yang boleh membahayakan semua.

Menurut Aireen, kakitangannya kini terpaksa bekerja dipersekitaran pembinaan susulan LCCT dalam proses ubah suai untuk dijadikan hab kargo.

AirAsia sehingga kini masih membayar sewa bulanan LCCT sebanyak RM260,000 untuk beroperasi dalam sebuah bangunan kosong.

Beliau berkata, status LCCT terbesar dunia kini dirampas Lapangan Terbang Don Muaeng, Thailand hasil kerjasama rapat AirAsia dan pengendali lapangan terbang berkenaan.

Justeru katanya, MAHB perlu memainkan peranan yang sama untuk mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai hub LCCT terbesar.

Oh! MAHB, apa lagi yang kamu mahukan??? Sebagai seorang yang selalu menggunakan AirAsia, MrJocko menyokong KLIA2 DiKenali Sebagai LCCT KL.

6 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.