AirAsia & Selebriti Kumpul Lebih RM120000 Tabung MAKNA
|Usaha murni AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah Malaysia dan beberapa selebriti Malaysia berjaya mengumpul sejumlah RM120,945.64 untuk Tabung MAKNA, badan kebajikkan untuk penghidap kanser. Ini bermakna, mereka berjaya Kumpul Lebih RM120000 Tabung MAKNA.
Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, AirAsia Berhad berkata, kutipan itu diperoleh hasil kempen amal #AirAsiaMAKNA yang telah dilancarkan syarikat itu menerusi cara menjual baju T-Shirt Edisi Istimewa dengan rekaan ikonik kru penerbangan dan kapten juruterbang AirAsia.
T-Shirt AirAsia MAKNA Edisi Istimewa ini dijual dalam saiz dewasa dan juga untuk saiz kanak-kanak.
“Tujuan kami melancarkan kempen #AirAsiaMAKNA ialah mahu mendidik masyarakat awam untuk mengenali sakit kanser, pencegahan awal dan seterusnya membantu golongan yang tidak berkemampuan,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan.
Pengurus Besar, Majlis Kanser Nasional (Makna) iaitu Farahida Mohd Farid menerima sumbanghan bagi pihak majlis tersebut.

Hadir memberi sokongan iaitu para artis antaranya Ryzal Jaafar, Fahmie Esmail, Amelina, Sasha Saidin, Thanuja Ananthan, Tam Suhaimi, Ungku Ismail Aziz, Aizat Amdan, Chef Nik Michael Imran, Harris Aliff dan Maya Karin.
Mereka turut memberi derma persendirian sebanyak RM500 seorang kepada tabung berkenaan sebagai usaha menjayakan kempen itu. Maya Karin pula menyumbangkan RM2,000 sebagai sokongan beliau kepada kempen tersebut.
Sejak kempen itu dilancarakan, pihak AirAsia mendapat sokongan ramai Selebriti Malaysia di mana mereka membantu menyebarkan informasi di laman sosial masing-masing menerusi hastag #AirAsiaMAKNA.
AirAsia juga menjual baju T-Shirt Edisi Istimewa pada harga RM30 sehelai.
