Site icon Travel Blogger Malaysia

AirAsia Tamatkan Bayaran Yuran klia2

AirAsia tamatkan bayaran Yuran klia2 RM3 untuk semua penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) mulai hari ini, 7 Januari 2019. Ia satu berita baik bagi semua penumpang AirAsia khususnya, sedikit sebanyak akan menurunkan harga tambang tiket AirAsia ke semua destinasi.

Nilai RM3 ini tidak la banyak mana, tetapi ia diharapkan dapat memberi impak positif kepada semua, termasuk industri pelancongan Malaysia. Tak kira la samada untuk menarik pelancong ke Malaysia, atau galakkan untuk orang Malaysia melancong ke luar negara.

AirAsia Tamatkan Bayaran Yuran klia2

AirAsia Akan Menamatkan Bayaran Yuran klia2

Yuran klia2 sebanyak RM3 itu telah diperkenalkan pada bulan Mei 2014 untuk menampung kos tambahan yang dibuat di klia2. Pada masa tersebut, ia disebabkan oleh penggunaan kemudahan mandatori yang dikenakan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) seperti aerobridges dan sistem daftar masuk SITA (SITA Check-In) dan lain-lain.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, “Berikutan pengumuman kami minggu lepas, kami telah mengeluarkan bayaran fee (yuran) klia2. Kami telah mengatakan sejak awal bahawa klia2 tidak sesuai untuk operasi penerbangan murah, dan kami akan terus ke Malaysia Airports untuk semua kos tambahan yang mereka kenakan kepada pihak kami. ”

Sumber : Star2U AirAsia klia2 Fee

Baca : MrJocko dan Penerbangan AirAsia

Sebagai salah seorang dari orang yang selalu menggunakan perkhidmatan penerbangan AirAsia, sudah pasti langkah ini disokong dan dialu-alukan. Saya pasti, ramai rakan pengembara yang lain, samada guna penerbangan domestik atau penerbangan luar negara, akan menyambut baik penamatan Yuran klia2 ini oleh AirAsia.

Semasa sesi Facebook Live minggu lalu, ketua eksekutif AirAsia Group Tan Sri Tony Fernandes berkata KLIA2 tidak sepadan dengan objektif AirAsia untuk perjalanan udara, yang terutama sekali untuk mengurangkan kos untuk menawarkan tambang murah.

AirAsia dan MAHB dikunci dalam pertempuran undang-undang ke atas caj perkhidmatan penumpang (PSC) di KLIA2 selepas syarikat penerbangan itu enggan mengumpul jumlah penuh sebanyak RM73 yang dikenakan operator lapangan terbang itu.

Sebaliknya, AirAsia telah mengutip RM50 setiap satu yang merupakan kadar sebelum kenaikan itu, sebagai satu cara untuk menentang penyeragaman cukai di KLIA dan KLIA2.

AirAsia sebelum ini menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk mengenakan yuran yang sama apabila satu lapangan terbang, KLIA, jauh lebih baik daripada yang lain.

Exit mobile version