Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

AirAsia X Umum Penerbangan Kuala Lumpur Ke Sapporo Jepun

Jawapan teka teki ‘new route’ baru AirAsiaX dari Kuala Lumpur kini terjawab. AirAsia X meluaskan rangkaiannya dengan menambah penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Sapporo, Hokkaido. Secara rasmi, AirAsiaX Umum Penerbangan Kuala Lumpur Ke Sapporo Jepun. Yeay! Rakyat Malaysia sudah ada pilihan murah untuk ke Pulau Hokkaido, Jepun.

Majlis pengumuman ‘new route’ AirAsia X ini dibuat oleh Benyamin Ismail, Acting CEO AirAsia X di Petaling Jaya hari ini.

AirAsia X menawarkan Penerbangan KL Ke Sapporo dengan promosi tambang murah, termasuk harga tiket serendah RM99 sehala bagi tempat duduk ekonomi atau RM999 bagi tempat duduk Premium Flatbed. Tempahan bermula hari ini, 28 Julai 2015 sehingga 2 Ogos 2015. 

Baca : Tempat Menarik di Hokkaido Jepun

AirAsia X Umum Penerbangan Kuala Lumpur Ke Sapporo Jepun.
 

Rakan-rakan semua, jom ke Hokkaido dengan penerbangan AirAsia X bermula 1 Oktober 2015 nanti. Untuk info, tempahan ini adalah untuk tempoh perjalanan dari 1 Oktober 2015 hingga 31 Ogos 2016 tahun hadapan.

AirAsiaX Umum Penerbangan Kuala Lumpur Ke Sapporo

AirAsia X Umum Penerbangan Kuala Lumpur Ke Sapporo
AirAsia X Umum Penerbangan Kuala Lumpur Ke Sapporo

Benyamin Ismail, AirAsia X Umum New Route Kuala Lumpur ke Sapporo AirAsia X New Route Kuala Lumpur ke Sapporo

 

Beli tiket di www.airasia.com

Menurut Benyamin Ismail, dengan route baru AirAsia X ini ia memberikan peluang perjalanan yang lebih luar kepada pasaran Malaysia dan juga pasaran Asia di mana banyak pihak dapat faedah dari pembukaan laluan penerbangan Kuala Lumpur ke Sapporo ini. Penerbangan terbang terus ini akan memberikan penjimatan masa kepada ramai pelancong termasuk dari Malaysia, Indonesia, Australia dan termasuk Jepun.

AirAsia X terbang 5 kali seminggu ke Osaka dan 7 kali seminggu ke Tokyo, Jepun. Manakala penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Sapporo ini akan menyediakan 4 penerbangan setiap minggu bermula pada hari Sabtu, Selasa, Khamis dan Ahad bagi perjalanan Kuala Lumpur ke Sapporo ( KUL – CTS ) dan Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad. 

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.