Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Senarai AirAsiaGo 10th Anniversary Contest Winners

Teruja bila turut sama dalam majlis penyampaian hadiah sempena dengan peraduan yang dianjurkan oleh pihak AirAsiaGo dan Citibank akhir tahun 2016. Kalau korang nak tahu, ini adalah senarai  AirAsiaGo 10th Anniversary Contest Winners yang telah dipilih berdasarkan penyertaan mereka sebelum ini.

AirAsiaGo 10th Anniversary Contest Winners dilancarkan pada bulan November 2016 dan berakhir pada 31 Mac 2017 yang lalu. Hari ini, secara rasmi pihak penganjur telah mengumumkan pemenangnya, pemenang hadiah Pakej Percutian dan semestinya pemenang Utama iaitu sebuah kereta Mini Cooper 1.5 Salt F56 berwarna Jingga.

AirAsiaGo 10th Anniversary Contest Winners

AirAsiaGo 10th Anniversary Contest Winners

 

Beruntung siapa yang menang peraduan dari AirAsiaGo ini. Antara syarat untuk sertai peraduan ini ialah mereka dikehendaki membeli pakej percutian di AirAsiaGo dan isi borang peraduan bersama slogan “I love to book holiday packages from AirAsiaGo because…

Pembelian minima RM100 dalam satu resit melayakkan peserta mendapat Satu (1) Entry. Pembelian menggunakan Kad Kredit Citibank melayakkan mereka mendapat Dua (2) Entry. Manakala pemegang Kad AirAsia-Citibank layak untuk mendapat Tiga (3) Entry.

 

AirAsiaGo 10th Anniversary Contest Winners AirAsiaGo 10th Anniversary Contest Winners

AirAsiaGo 10th Anniversary Contest Winners
AirAsiaGo 10th Anniversary Contest Winners
Grand Prize Winner
Grand Prize Winner

Akhirnya, hadiah utama dimenangi oleh En Aniljit Singh Sandhu A/L J.Jasbeer Singh yang berjaya membawa pulang sebuah kereta baru Mini Cooper 1.5 Salt F56 berwarna Jingga.

Ada lagi 10 hadiah lain yang merupakan pakej percutian bernilai dari RM3,500 sehingga RM8,000 yang mana termasuk pakej percutian ke Langkawi, Lombok, Krabi, Da Nang, Kalibo, Vi’an, Hanoi, Kaohsiung, Perth dan Maldives.

Pihak AirAsiaGo memang selalu ada membuat peraduan untuk pelanggan setia mereka dan ini adalah peraduan terbaik mereka sempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke-10 AirAsiaGo.

MrJocko sendiri sudah banyak kali membeli pakej percutian di AirAsiaGo dan memang kalau beli pakej Flight dan Hotel, akan dapat harga yang cukup murah bila tiba musim promosi.

airasiago_10th_anniversary_mrjocko_1 airasiago_10th_anniversary_mrjocko_1 airasiago_10th_anniversary_mrjocko_1

MrJocko pulak pertama kali dapat berjumpa dengan Mr Darren Goh, General Manager AirAsiaGo. Beliau antara orang kuat AirAsiaGo dan berpengalaman lebih 15 tahun dalam Travel Industry.

Paling best, Mr Darren Goh bermurah hati memberikan AirAsiaGo beliau kepada MrJocko. Wow!!! Thanks Mr Darren.

Untuk korang, apa lagi, boleh la tempah pakej percutian korang dengan www.airasiago.com. Mana tahu kalau selepas ini ada peraduan, korang mungkin boleh menang hadiah menarik dari AirAsiaGo. Lagipun, harga pakej di AirAsiaGo murah berbanding pakej yang biasa. 

Nak cari pakej murah Cherry Blossom ke Jepun atau Korea boleh baca di sini http://www.mrjocko.com/2017/03/promosi-murah-airasiago-musim-sakura.html

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.