Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

AirAsiaX Buka Penerbangan Ke Seoul Tokyo Hawaii

AirAsiaX kembali buka laluan penerbangan ke Seoul Tokyo Osaka Sapporo Hawaii dan New Delhi bermula Julai 2022. Antara lokasi yang dinyatakan termasuk Seoul, Tokyo, Osaka, Sapporo, Hawaii dan New Delhi. Destinasi-destinasi ini sebelum pandemik adalah antara destinasi pelancongan popular orang Malaysia untuk melancong. Dengan pembukaan laluan ini, harga tawaran tiket penerbangan ditawarkan agak berpatutan dan masih lagi berbaloi untuk anda beli, berbanding harga tiket penerbangan syarikat penerbangan yang lain.

Walaupun sekarang, musim panas dan membawa kepada musim luruh di Korea dan Jepun, ia masih lagi musim yang boleh anda lawati jika anda bercadang untuk bercuti di negara-negara ini. New Delhi pasti satu lagi laluan terbaik untuk backpackers dan Hawaii, semestinya syurga percutian dunia untuk semua orang.

Baca : Tiket AirAsiaX ke Tokyo, Jepun.

AirAsiaX Buka Penerbangan Ke Seoul Tokyo

 


AirAsiaX Buka Penerbangan Ke Seoul Tokyo Osaka Sapporo Hawaii New Delhi

AirAsiaX Buka Penerbangan Ke Korea Jepun Amerika
 

Anda sudah boleh menempah tiket penerbangan AirAsiaX ke destinasi Seoul, Tokyo, Osaka, Sapporo, Hawaii, Sydney dan New Delhi sekarang sehingga 30 Jun 2022. Anda boleh memilih penerbangan anda pada tarikh dari 1 Julai 2022 hingga ke tahun hadapan 30 Mac 2023. Harga tawaran tiket murah AirAsiaX ini bermula dari harga RM499 sehala tidak termasuk makan dan minum, bagasi dan airport tax.
 

Kalau anda bercadang nak melancong ke Seoul, Korea, boleh cuba singgah di 5 Tempat Percutian Msim Panas Terbaik di sana. Baca artikel menarik tentang Korea Selatan di sini.

Jika anda memilih melancong ke bandaraya Tokyo, boleh rancang ke 10 Destinasi Menarik di Tokyo Jepun. Lokasi percutian menarik tersebut seperti di Ueno, Odaiba, Harajuku, Shibuya, Shinjuku, Akihabara, Asakusa, Ginza, Roponggi dan Nippori. Cerita penuh di patan artikel ini Tempat Menarik Di Tokyo.
 

AirAsiaX Buka Penerbangan Ke Korea Jepun Amerika
 

Syarat Keperluan Perjalanan AirAsia

Syarat Kemasukkan Pelancong Ke Jepun 2022

Syarat Kemasukkan Pelancong Ke Korea Selatan 2022

Senarai maklumat keperluan perjalanan yang dinyatakan di sini ialah kompilasi peraturan ringkasan di negara/destinasi tempat penerbangan kami beroperasi.

Memandangkan keperluan perjalanan di seluruh dunia terus berubah dari semasa ke semasa, ada kalanya maklumat yang dinyatakan di bawah mungkin tidak terkini dan mungkin lapuk semasa anda melihatnya.

Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat yang lebih dipercayai, terkini dan disahkan di destinasi anda, kami amat menggalakkan semua tetamu yang melancong untuk menyemak sekatan perjalanan dengan kerajaan masing-masing negara/negeri destinasi anda secara langsung sebelum melakukan perjalanan bersama kami.

Penting : Peringatan ini berfungsi sebagai panduan anda sahaja.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.