Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

AirAsiaX Ke Auckland Tiket Bermula 13 Januari 2016

AirAsia telah mengesahkan ia kini akan kembali terbang ke New Zealand dengan penerbangan harian bermula dengan destinasi Auckland ke Gold Coast dengan harga pengenalan hanya RM99 untuk sehala. Ini bermakna, rakyat Malaysia boleh membeli tiket AirAsiaX ke Auckland bermula 13 Januari 2016.

AirAsiaX, yang beroperasi sederhana dan jarak jauh membawa jenama AirAsia, akan terbang dari Kuala Lumpur ke Auckland melalui Gold Coast menggunakan pesawat A330-300 dengan mengambil penerbangan pertama berlepas dari Auckland pada 22 Mac 2016 nanti.

Sempena dengan pelancaran AirAsiaX ke Auckland ini juga, ia juga menawarkan penerbangan terhad sehala dari Auckland ke Kuala Lumpur melalui Gold Coast di Queensland untuk harga timet RM249 untuk perjalanan antara 22 Mac 2016 dan 5 Feb 2017.

AirAsiaX Ke Auckland

AirAsiaX lancar penerbangan ke Auckland

 

Harga tiket AirAsiaX dari KLIA2 ke Auckland, New Zealand akan mula dijual pada tengah malam ini bermula jam 00.01 Waktu Malaysia, 13 Januari 2016. Wah!!! Ini mesti sesuatu yang menarik bukan dapat harga tiket ke Auckland dengan murah bersama AirAsiaX.

Apa lagi, ini peluang terbaik anda untuk dapatkan pakej harga murah AirAsiaX ke New Zealand dengan tawaran terbaru AirAsia ini. Semestinya, kalau ada duit, beli dulu tiket untuk ke Auckland. Pakej hotel dan ground arrangement, anda boleh beli kemudian :). Sentiasa ada banyak pilihan dan pelbagai pakej yang boleh anda pilih.

 

AirAsiaX Ke Auckland Tiket Bermula 13 Januari 2016

 

Jika ditanya apa nama tempat menarik di Auckland? Banyak juga yang boleh anda lawati di Auckland termasuk Butterfly Creek, Kelly Tarltons Sea Aquarium, Tree Adventures, Taman Tema Rainbow’s End dan banyak lagi taman seperti Victoria Garden, Botanic Garden dan juga Higwic Garden. Pendek kata, ada banyak la tempat menarik di Auckland, New Zealand.

Penerbangan AirAsiaX Ke Auckland

Pengalaman MrJocko, bila harga tawaran permulaan seperti ini, biasanya anda akan dapat peluang harga tiket yang memang murah berbanding biasa. Macam dulu, harga tiket pelancaran ke Bali, Seoul, Osaka dan banyak lagi.

Jangan lepaskan harga tiket murah AirAsiaX ke Auckland yer. Sudah pasti, kalau ke New Zealand, banyak yang menarik untuk anda dan sekeluarga 🙂

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.