Airport Da Nang Vietnam Trip Bersama Victoria Tourism Part 1
|Sebelum ini MrJocko pernah ke Vietnam selama 2 kali. Pertama kali ke Ho Chi Minh bersama keluarga dan kali kedua ke Da Nang pun bersama keluarga. MrJocko baru sampai di Airport Da Nang Vietnam Trip Bersama Victoria Tourism untuk meneroka beberapa lagi lokasi tempat menarik di Vietnam.
Paling mudah kalau terbang dari Kuala Lumpur ke Da Nang ialah dengan menggunakan penerbangan AirAsia. Harga tiket AirAsia murah dan berbaloi. Lokasi lapangan terbang Da Nang juga dekat sahaja dengan pusat bandar.
Baca : Pakej Murah Da Nang Trip Dengan Keluarga
Airport Da Nang Vietnam Trip Bersama Victoria Tourism

Bagi yang tak tahu, penerbangan dari KLIA2 menuju ke Da Nang International Airport ialah selama 2 jam 30 minit sahaja. Tak lama. Kalau tak nak makan di dalam penerbangan pun okay. Tetapi memandangkan alang-alang dah terbang, apa salahnya kalau ambil peluang makan di dalam penerbangan AirAsia.
Rezeki kali ini, makan Nasi Lemak Pak Nasser di dalam AirAsia. Memang la sedap…
Penerbangan memang tidak ada masalah. Selalunya kalau terbang ke Vietnam memang tak ada masalah sangat dengan Turbulance atau Air Pocket. Yang ni tak perlu risau sangat, melainkan kalau masa terbang ada hujan lebat atau petir.
Masa kami sampai di Da Nang International Airport, cuaca cerah dan agak panas, sekitar 35 darjah. Yang pelik orang Vietnam, ramai yang masih pakai ‘sweater’. Sebab apa, sebab mereka memang dah biasa dengan cuaca Vietnam dan ramai yang jenis nak jaga kulit supaya tidak terlalu kena matahari.
Dari airport kami ke hotel dulu. Sebenarnya hotel kami lebih kepada Service Apartment. Macam kondominium yang diubah menjadi hotel. Memang luas tetapi kami guna satu bilik sahaja. Nanti MrJocko kongsi pasal Vinh Trung Plaza yang terletak bersebelahan dengan bangunan Shopping Mall Parkson di Da Nang City.
Harga sewa bilik di sini MrJocko tak pasti, InsyaAllah akan MrJocko kongsi dalam next entry pasal Hotel Review Vinh Trung Plaza Da Nang.
Yang pasti, apartment hotel ini boleh memuatkan ramai orang dan sesuai untuk mereka yang travel berkumpulan untuk jimat kos penginapan.
View dari bilik pun menarik, nampak laut dan pemandangan kota Da Nang. Kalau nak tengok video, nanti boleh lihat di laman Youtube MrJocko
Lepas check-in, kami keluar dulu untuk lunch di restoran Vegetarian berdekatan. Selepas tu, baru kami ke Pantai Da Nang untuk lihat sekejap pemandangan Sunset di Da Nang Beach. Cantik tak sunset di Da Nang? Lain dari yang lain…
Baca ni juga – http://www.mrjocko.com/2015/11/family-trip-ke-da-nang.html