Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Padan Muka Akhirnya Penipu Itu Tertangkap Juga

Semalam ada kawan MrJocko beritahu yang si Edy sudah kena tangkap. Ada berita di Kosmo, keluaran hari Sabtu lepas. Kes yang dia kantoi, tipu urusan Visa pekerja asing. Padan Muka Akhirnya Penipu Itu Tertangkap Juga
Rasa puas jugak hati aku kerana Mamat Penipu tu kena tangkap. Tapi rasa frust juga pasal duit aku dan partner aku yang dia tipu, sesen pun dia tak bayar.

Baca : Cerita Kawan-Kawan Di Blog

 



 

Padan Muka Akhirnya Penipu Itu Tertangkap Juga

penipu kena tangkap
 

Ceritanya bermula bila dia datang dan bagitahu yang kononnya syarikat dia dapat projek supply IT dan Projector untuk 30 masjid sekitar KL. Masa ni tahun 2009. Selepas tengok dokumen, tengok LO, aku pun seperti percaya. Lagipun sebelum ini memang dia tak da buat hal. Kerana percaya projek itu, kami pump modal RM8,000. Sepatutnya lebih dari itu.
Namun, nasib baik kami sedar dari awal. Jumlah asal yang diminta RM25,000, tetapi kami bayar mengikut stage. Oleh kerana tak ada progress dalam stage pertama, kenapa nak bayar lagi? Selang 2 bulan, baru kami tahu, kami ditipu. Cilakak betul!
Satu projek pun sebenarnya tak ada. Dia ambil duit tu untuk bayar hutang orang lain. Banyak kali mintak dia bayar balik, alasan dia, Tak Ada Duit… Huh!!!
Maklumat dari kawan-kawan lain pun beritahu, dia dah banyak kali menipu dan memang ramai yang kena, termasuk staff tempat dia kerja.
Akhirnya minggu lepas, Sabtu, keluar berita dimuka depan, dia tertangkap. Padan muka. Biar dia meringkuk dalam penjara dan menjadi banduan. Aku rasa dah ramai mangsa yang sudah si Edy ni tipu. Kesian kat dia pasal, nak hidup senang, tapi kerja menipu. Kesian juga kat anak-anak dia dan keluarga .
Nasihat kami, ‘Jangan jadi penipu’. Sikit-sikit, lama-lama ia terbiasa dan akan memakan diri.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.