Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Aksi Dennis Rodman NBA Alumni Di Stadium Putra

Malam ini MrJocko menerima jemputan Khas dari Ninetology Malaysia sebagai pemenang utama peraduan blogpost Ninetology XBaller AllStar Malaysia 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil. Malam ni MrJocko dapat 4 tiket normal dan 2 tiket VIP Courtside bernilai RM960 setiap satu.

 

Ia memang pengalaman terbaik dan bernilai apabila dapat menyaksikan perlawanan antara pasukan NBA Alumni dan pasukan MJ Asia berentap di Malaysia untuk julung-julung kali. Boleh lihat aksi Dennis Rodman, salah satu pemain lagenda NBA pada tahun 80-an dulu.

 

 

Memang banyak aksi menarik ketika perlawanan persahabatan sempena Ninetology XBaller AllStar Malaysia 2013 tahun ini. MrJocko akan kongsi gambar dan video slamdunk terbaik pernah MrJocko saksikan secara LIVE dari pemain NBA Alumni ini.

Memang best menyaksikan perlawanan Bola Keranjang Ninetology XBaller AllStar Malaysia 2013. Terima Kasih tak terhingga kepada Ninetology Malaysia yang sudi menaja 2 Pass VIP Courtside ini.

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.