Aksi STUNT Faizal Hussein
|Kalau zaman dulu, Faizal Hussein antara salah seorang hero kegemaran kita semua. Masa tu, beliau sangatlah TOP sehingga mengalahkan Nordin Mat Top.
Antara filem dulu2 yang aku suka tengok si Faizal ni berlakon, citer Bujang Selamat. Kebetulan, last week, citer ni ada kat Astro Citra. Citer ni kalau tak silap aku punyai jalan cerita sama dengan cerita Karate Kids yang versi lama. Kira olahan dimasukkan citarasa Melayu.
Lakonan Faizal bersama bapanya, Hussein Abu Hassan
Cerita olahan mengisahkan seorang remaja yang dilatih oleh Guru Silat, R Jaafar sebagai pesilat yang menyertai kejuaraan tempatan dan beliau menjadi juara. Yang rasa syiok tengok bila zaman2 Faizal Hussein muda remaja lagi. Berlakon pulak dengan bapanya Hussein Abu Hassan. Kalau korang nak tau, gaya cerita, olahan skrip, camera angle zaman2 80-an dulu lebih kurang cerita ni la kot. Nak compare dengan filem2 melayu sekarang, jauh ketinggalan.
Pun begitu, aku rasa aku masih seronok tengok citer2 zaman 80-an ni. Zaman aku membesar, banyak nostalgia. Skang Faizal Hussein pun dah makin tua, dah tak boleh jadi hero lagi dah. Generasi baru pulak yang ganti tempat dia. Apapun, aku nak tunggu filem XX RAY lakonan Faizal Hussein. Lakonan terbaek beliau setakat ni aku rasa.
MrJocko.com