Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Aktiviti Berdodol 2019 Di GCK JS Cafe Kuala Lumpur

Sempena menyambut 10 Malam Terakhir Ramadhan, Geng-geng Motorsikal member MrJocko, Man Raja Lawak mengadakan Gotong Royong Mengacau Dodol. Aktiviti Berdodol 2019 Di GCK JS Cafe Kuala Lumpur berlangsung pada 25 Mei 2019, selepas waktu berbuka sehingga ke waktu Sahur.

Kebetulan hari tu, MrJocko dan Man Raja Lawak sempat berbuka di KFC Petaling Jaya, menghadiri majlis Berbuka Puasa Bersama Era dan Peminat. Terus langsung singgah di Laman Sultan Ismail Kuala Lumpur, di mana terletak lokasi Gerai GCK JS Cafe.

Berdodol 2019 Di GCK JS Cafe Kuala Lumpur

Berdodol 2019 Di GCK JS Cafe Kuala Lumpur 02 copy

Berdodol 2019 Di GCK JS Cafe Kuala Lumpur

Baca : MrJocko dan Makan

Masa kami sampai sudah jam 9.00 malam. Masa tu, baru ada 4 kawah dodol baru dan memerlukan sekitar 3-4 jam lagi untuk masak. Ramai sahabat-sahabat dan Geng Motorsikal Kangkang, (Geng Motor Easy Rider) seperti Geng Harley Davidson sudah berpelu-peluh megacau dodol yang sedang di masak.

Kami sampai, ambik tenaga dulu. Apa lagi, makan Sup Gearbox dan juga Sup Mihun yang terhidang untuk berbuka.

Berdodol 2019 Di GCK JS Cafe Kuala Lumpur

Lokasi GCK JS Cafe

Selepas makan, baru la giliran MrJocko dan Man Raja Lawak mengacau Dodol. terus terang, ini julung-julung kali MrJocko kacau dodol. Sebab, kalau di Kelantan, aktiviti gotong royong kacau dodol tak semeriah seperti di Melaka dan juga Muar, Johor.

Masa mula-mula kacau, 2 – 3 jam awal, tak rasa penat sangat kerana ia masih lembik dan cair. Kalau selapas 4 jam sehingga masak, baru lah tau bahawa penatnya nak tolak dan kacau dodol ni. Hahaha…

Khabarnya aktiviti Berdodol 2019 Di GCK JS Cafe Kuala Lumpur ni siapa sebelum habis waktu sahur. Alhamdulillah berjaya. MrJocko tak sempat tunggu sampai waktu dodol masak. Jadi tak sempat la nak rasa Dodol yang dikacau tadi sedap atau tidak.

InsyaAllah, lain kali, kalau kacau dodol, nak tunggu sampai ia masak, baru tau rasa sedap atau tak…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.