Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Untuk Semua Rakyat Malaysia Aktiviti Ekonomi Kembali DiBuka

Berita Baik Untuk Semua Rakyat Malaysia Aktiviti Ekonomi Kembali DiBuka pada 16 Ogos 2021. Satu langkah positif dalam mengembalikan aktiviti rakyat selepas 18 bulan ketika kita diperintahkan dengan perlaksanaan PKP, PKPB, PKPP, PKPD, Total Lockdown, Darurat dan kini memasuki Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara bermula awal Ogos 2021.

Mengikut berita yang diwar-warkan, ada 11 jenis aktiviti ekonomi akan mula dibenarkan beroperasi. Ia akan memberi kelonggaran kepada semua mereka yang terlibat untuk kembali beroperasi selepas pihak kerajaan meneliti semua aspek yang berkenaan.

Baca : Business Bundle Di Malaysia

Aktiviti Ekonomi Kembali DiBuka

 


Untuk Semua Rakyat Malaysia Aktiviti Ekonomi Kembali DiBuka

Aktiviti Ekonomi Kembali DiBuka 1 copy
 

Antara aktiviti yang dibenarkan beroperasi pada 16 Ogos 2021 termasuk pusat membasuh kereta, kedai eletrik dan elektronik, kedai barangan rumah, kedai perabot, kedai peralatan sukan, kedai aksesori kereta, pusat jualan kereta, pasar pagi, kedai barangan kemas, kedai gunting rambut dan kedai pakaian.

Bisnes kami, tergolong dalam kedai pakaian, Alhamdulillah, sudah boleh beroperasi bermula hari ini. Masa untuk kembali ambil momentum dan beroperasi.

Aktiviti Ekonomi Kembali DiBuka 2
Tokol USA Mix

Aktiviti Ekonomi Kembali DiBuka 3
Contoh Belahan Tokol Mix USA

 

Selepas sempadan Malaysia ditutup sejak 18 bulan lepas, kami stucked dalam negara dan agak terhad pergerakan. Jadi, kami mencuba nasib untuk kembangkan bisnes kami dengan memulakan bisnes dalam bidang berkaitan pakaian terpakai atau Preloved Items dan baju bundle.

Walaupun sebelum ini, kami sudah ada bisnes kecil preloved jam tangan preloved dari Jepun, penambahan satu lagi cabang bisnes ini memerlukan effort yang lebih sikit kerana kami masih baru. Alhamdulillah, nasib baik team kami cepat belajar dan boleh serap cabaran setakat hari ini.

Oh ya! Bisnes bundle kami setakat ini membeli dan menjual stok pakaian bundle dan preloved dari sumber stok dari USA, Japan dan juga Australia. Hasil belahan dari tokol bundle ini banyak yang kami dapat hasil pakaian vintage. Sesetengah baju vintage ini, memang baju vintage popular dan koleksi baju vintage viral.

Antara koleksi termahal yang kami pernah jual dari hasil bisnes kami ialah Adidas Vespa Vintage RM450 dan juga TShirt Fxcking Rabbit FR2 RM250. Alhamdulillah.

tshirt-bundle-mahal-02
Tracktop Adidas Vintage Vespa
tshirt-bundle-mahal-01
TShirt Fxcking Rabbit Smoking Kills

Untuk Semua Rakyat Malaysia Aktiviti Ekonomi Kembali DiBuka

Rata-rata rakan-rakan bisnes yang saya kenal, termasuk mereka yang ada kedai gunting rambut, pusat mencuci kereta, kedai pakaian dan lain-lain agak gembira dengan pengumuman ini. 11 jenis aktiviti ekonomi ini adalah permulaan di dalam Fasa 1 dan diharapkan selepas ini aktiviti pelancongan juga akan dibenarkan untuk semua rakyat Malaysia.

Memasuki Fasa 2 dan kemudian Fasa 3 dan Fasa 4, sudah pasti memerlukan disiplin semua orang untuk menjayakan target Kerajaan untuk menurunkan jumlah kes positif di Malaysia.

Yang pasti, semua kena follow SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Untuk 11 jenis aktiviti ini, hanya mereka yang sudah lengkap Dos Vaksin sahaja dibenarkan.

Updated : Kerajaan mula membenarkan aktiviti sosial seperti Jogging dan Berbasikal di Taman Awam di seluruh negara.

Sumber : Blooggers Media

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.