Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Aktiviti Santai Malam Di Dataran Merdeka Kuala Lumpur

Sebenarnya di Kuala Lumpur ada banyak lokasi yang boleh anda singgah bersama keluarga jika malas nak keluar memandu jauh. Lokasi yang menjadi tumpuan ialah di Dataran Merdeka. Di sini, padang dan juga jalan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dibuka kepada umum setiap hari dan ada banyak aktiviti menarik untuk keluarga di sebelah malam. Antaranya, Aktiviti Santai Malam Di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Padang Dataran Merdeka itu sendiri memang luas dan dibuka untuk aktiviti umum. Anda boleh membawa bola dan bermain bersama anak-anak dan kawan-kawan, anda juga boleh bermain ‘Lastik Cahaya’ yang memang ada dijual di sekitar padang dengan harga 3 pcs untuk RM10.

Baca : Lokasi Menarik Di Kuala Lumpur

Aktiviti Santai Malam Di Dataran Merdeka Kuala Lumpur

Dataran Merdeka Kuala Lumpur
 
Dataran Merdeka Kuala Lumpur

 

 

 

Dataran Merdeka Kuala Lumpur
Dataran Merdeka Kuala Lumpur
 
 
 

Jangan terkejut kalau anda ke sini, anda akan lihat ramai warga Kuala Lumpur dan juga pelancong bersantai di sekitar padang sambil menyaksikan anak-anak bermain-main di sekitar Dataran Merdeka. Kawasan ini memang luas dan sesuai untuk aktiviti samtai seperti ini lebih-lebih lagi jika musim cuti sekolah.

MrJocko singgah untuk bawa anak-anak main-main di sekitar Dataran Merdeka. Tak sangka di sini sekarang dah ada restoran yang dibuka 24 jam, ruang parkir percuma di tepi jalan bangunan Sultan Abdul Samad dan juga ruang padang permainan untuk kanak-kanak yang cukup luas.

Kalau anda berada di sekitar Kuala Lumpur, apa lagi, waktu malam boleh bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan untuk melihat lampu-lampu serta melayan karenah anak-anak bermain di Dataran Merdeka ini.

Tak rugi kalau ke sini di malam hari kerana ia menawarkan lokasi santai yang agak menarik bersama keluarga sambil melayan anak-anak bermain bola, lampu dan beberapa permainan lain di Dataran Merdeka. Lagi bagus, jika masa anda ke sini, pihak DBKL memasang Skrin Gergasi untuk menonton berita, siaran TV atau bolasepak secara langsung.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.