Site icon Travel Blogger Malaysia

Terbaik Aktiviti Snorkeling Di Pulau Mantanani Sabah

Selama 4 hari 3 malam di Kota Kinabalu, banyak lokasi yang sempat MrJocko dan rakan media singgah termasuk lokasi snorkeling yang memang ditunggu-tunggu iaitu Pulau Mantanani. Pulau Mantanani Sabah (Mantanani Island mempunyai beberapa pulau kecil tetapi yang utama ialah Mantanani Besar dan Mantanani Kecil. MrJocko nak kongsi aktiviti snorkeling di Pulau Mantanani Sabah.

Baca : Pengalaman Ikan Kelah di Tagal Tinopikon Park Sabah

Untuk ke lokasi Pulau Mantanani, anda harus menaiki jeti dari Kuala Abai. Perjalanan dari Kuala Abai menuju ke Pulau Mantanani mengambil masa sekitar 1 jam hingga 1 jam 30 minit bergantung kepada keadaan ombak.

Aktiviti Snorkeling Di Pulau Mantanani Sabah

mantanani-island-snorkling-02
mantanani island snorkling 02

Mantanani Island Snorkling 10
Mantanani Island Snorkling 09

Mantanani Island Snorkling 06

mantanani island snorkling 13

mantanani island snorkling 15

 

Untuk ke Pulau Mantanani Sabah anda boleh dapatkan pakej dari Kota Kinabalu atau dari operator berlesen yang biasanya mengenakan charge sebanyak RM350 setiap seorang bagi pakej penuh dari Kota Kinabalu, transportation ke jeti, jeti ke Mantanani, snorkling dan juga makan tengahari. Untuk pakej diver atau menyelam scuba, anda boleh dapatkan pakej dari RM450 setiap seorang.

Kredit Picture guna kamera Underwater www.ThatSoFarah.com
 

Snorkeling Di Pulau Mantanani Sabah

Mantanani Island di Sabah salah satu lokasi baru untuk pelancongan di Kota Kinabalu, Sabah dan ia semakin terkenal selepas Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan juga Pulau Manukan.

Kawasan sekeliling Pulau Mantanani Sabah masih lagi kekal asli dan ia dipelihara dengan baik oleh penghuni pulau termasuk beberapa keluarga yang menetap di Pulau Mantanani. Air lautnya yang masih hijau dan biru sangat cantik untuk aktiviti snorkeling dan juga selam scuba.

Untuk anda yang sukakan laut, pantai dan juga keindahan dasar laut, Mantanani Island Sabah, sudah pasti lokasi yang mesti anda lawati dalam masa terdekat ini. Untuk sementara waktu, anda hanya boleh pergi untuk pakej trip seharian dan tiada bermalam.

 

Resort baru yang sedang dalam pembinaan oleh pihak operator Touch Borneo sedang giat dijalankan dan dijangka akan siap pada awal tahun 2015.

 

Terima Kasih untuk penaja AirAsia yang menerbangkan kami Media ke Kota Kinabalu. #Sabah #AirAsia #GayaTravel #MajalahLIBUR

Exit mobile version