Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Aku Cabar Bro Zarul Umbrella Untuk,,,

Tadi terkejut aku, amboi,,, macam nyah,,, Hahaha,,, Teruja bila Zarul Umbrella komen entry aku pasal BUDU. Mamat ni memang asal orang Kelantan. Sebab itu, Aku Cabar Bro Zarul Umbrella Untuk,,,

Aku personally tak pernah jumpa face to face dan dia tak kenal aku. Tapi, aku tahu dia penyanyi hebat. Zaman aku muda remaja, tahun 1995 zaman lagu kumpulan dia meletup-letup. Lagu ‘Ramalan Ku Benar Belaka’ dan ‘Bukalah Hatimu’ memang menjadi kegilaan remaja masa tu la.

 

zarul umbrella

Kebetulan aku pun sekolah kat Pasir Puteh. Tak silap aku Zarul ni pun sekolah kat area Pasir Puteh. Masa tu aku ramai member sekolah area situ. Aku pun ingat-ingat lupa. Rasanya Zarul ni dulu Sek Men Tok Janggut, kalau tak silap aku la. Time tu aku kenal la dua tiga orang junior dia masa kat sekolah. Panjang citer lak,,, Citer lama, aku pun dah ingat-ingat lupa… Tapi yang pasti, memang ramai yang bangga bila kumpulan Umbrella famous time tu.

 

Alih-alih semenjak dua menjak, bro Zarul timbul dalam geng Eyriqazz. Siap pegi karaoke. Dengki betul aku, apsal la tak ajak aku yang gila glamer ni???

 

Zarul Umbrella
Jejai, Zarul and the Geng

 

Zarul Umbrella
Zarul dan Eyriqazz dan Mondoq
Katanya Bro Zarul skang kejanya terbang ajer. Tapi masih lagi aktif menyanyi. Sambil-sambil dia ada juga blog. Wahhh!!! Sempat juga menulis dan mempromosi ebook beliau “Rahsia Vokal’. Aku nak kena beli jugak ni Rahsia Vokal, pastu baru buleh CABAR Bro Zarul menyanyi… 🙂
Apa pun terima kasih bro Zarul kerana sudi komen blog ‘kawe’ yang tak seberapa. Walaupun nickname kawe Jocko, tapi kawe memang pure KELATE > 🙂

 

zarul umbrella

Sesiapa yang berminat nak tau lebih lanjut pasal Zarul dan Kumpulan Umbrella, boleh cuba tengok kat sini ZarulUmbrella atau Wikipedia UMBRELLA

MrJocko.com

5 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.