Site icon Travel Blogger Malaysia

Aku kagum dengan Incheon Airport Seoul Korea Selatan

Holla… Masa aku tengah Queue nak check-in kat Incheon Airport, aku dapat update dari My BlackBerry smartphone, update dari email aku sebenarnya. Ada news pasal anugerah Airport Terbaik Dunia Tahun 2011. Dalam senarai Airport Terbaik Dunia 2011 tu, Incheon Airport tersenarai sebagai airport ke-3 terbaik dunia. Tiba-tiba rasa kagum dengan Incheon Airport Seoul Korea Selatan.

Incheon Airport Seoul

Incheon Airport Seoul

Aku suprise pasal aku ingatkan Incheon Airport ni taraf-taraf LCCT jer. Kalau kat Seoul, ada satu lagi Airport yang di beri nama Gimpo, lagi dekat dari kota Seoul. Masa lalu kat Gimpo, nampak macam airport tu lagi besar.


Check-in time kat Incheon Airport, kaunter AirAsia

Yang best kat Incheon Airport ni, pemandangan dia cantik. Ini kerana Incheon Airport berada dalam sebuah pulau di hujung sebelah barat Korea Selatan. Kena plak masa nak ke Incheon atau dari Incheon kita kena lalu Jambatan Incheon yang juga menjadi kebanggaan rakyat Korea Selatan. Design Jambatan Incheon @ Incheon Bridge ni, mirip dengan design Jambatan Pulau Pinang. Ada 2 laluan, masing2 punya kelebihan dan view yang menarik.



Makan Meggi kat Airport sementara nak boarding jam 11.45pm

Servis pulak memang teratur. Walaupun aku tak reti berbahasa Korea, dan staff sana pun jarang2 yang boleh berbahasa Korea, tapi proses untuk boarding senang jer. Keadaan Airport pun cantik, bersih, luas, tempat duduk banyak dan paling aku suka, di mana2 ada WIFI Percuma…

Sambil lepak dalam toilet pun bleh surfing FREE.


wife aku dengan Muffins

World’s Best Airport at the 2011 World Airport Awards held in Copenhagen
1 Hong Kong International Airport
2 Singapore Changi Airport
3 Incheon International Airport
4 Munich Airport
5 Beijing Capital International Airport
6 Amsterdam Schiphol Airport
7 Zurich Airport
8 Auckland International Airport
9 Kuala Lumpur International Airport
10 Copenhagen Airport

Exit mobile version