aku mencuba Ron95 BHPetrol
|Holla…
Sejak seminggu lepas, kat radio Hot FM asyik duk iklan pasal minyak petrol BHPetrol yang punyai formula adunan additive.
Masa iklan tu, si AG Hot FM dan Fara Hot FM duk asyik citer kebaikan produk baru BHPetrol ni. Khabarnya produk mereka punyai bahan additive tambahan yang membolehkan minyak petrol mereka bukan saja memberi tenaga kepada kereta, malah “memcuci” enjin skali. Bunyi cam menarik bukan???
So, memandang kan petrol kereta aku dah nak abis dan aku pakai Ron95 sajer, petrol yang rendah taraf nya dari Ron97, semestinya kesan dan performance nya jauh rendah dari Ron97. Aku nak cuba pulak petrol BHPetrol ni, mana tau cerita2 iklan tu betul.
Semalam on da way nak makan durian kat SS2, aku singgah di Stesen BHPetrol Seksyen 16, Petaling Jaya, bersebelahan Eastin Hotel PJ. Aku mahu mencuba ke”best”an petrol BHPetrol ni. Kalau bagus, bleh tukar dari petrol biasa aku kalau tak bagus, lepas ni tak payah lagi nak cuba, kan?
Dan selepas aku mengisi separuh tangki, aku bergerak ke SS2, makan, selepas itu ke Damansara Uptown, makan lagi. Kemudian terus menyusut LDP ke Kepong dan balik ke rumah.
Hari ini pulak, datang kerja dari rumah ke Midvalley, pusing ke ofis aku.
Kesimpulan yang aku rasa selama 12 jam selepas menggunakan BHPetrol, ada perubahan, tetapi sedikit sahaja. Rasa la enjin tu “smooth” sikit dari normal. Pick-up juga terasa sewaktu berhenti di traffic light dan untuk meneruskan perjalanan. Maklum la kereta aku 1.6cc sahaja dan enjin Auto.
Ini smua kesan dari BHPetrol atau kesan lain, aku masih tak pasti. Aku ingat, ingin cuba lagi dalam tempoh seminggu. Baru aku bleh buat conclusion yang puas hati… tak salah mencuba kaa?