Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Aku Sorang Sahaja Yang BETUL

Tak dinafikan dalam kita hidup bermasyarakat, kita dikelilingi oleh idea, pandangan dan komen yang kadang-kala sangat berbeza dengan pendirian kita. Samada perbezaan pendapat itu ia datang dari family, kawan-kawan, boss atau orang yang kita tak kenal.

Kenapa ada perbezaan pendapat? Kerana kita dibesarkan dan dididik oleh cara hidup, latarbelakang dan pengalaman berbeza. Cara hidup kita selama ini tidak akan sama dengan cara hidup kawan-kawan kita, walaupun sekampung. Didikan pengalaman kita tidak sama dengan didikan pengalaman antara satu sama lain.

Sebab itu, apabila kita ada perselisihan pendapat atau perbezaan idea, mungkin kita kena selesaikannya dengan sebaik mungkin. Hormati pendapat orang lain dengan cara sebaik mungkin. Sememangnya ia antara sesuatu yang sukar dibuat.

Seperkara lagi, dalam kita mempertahankan idea dan pendapat kita, sesekali cuba buat nilaian semula, mana tahu, di tengah kekerasan kita mempertahankan pendapat kita, idea dan pendirian kita, sedar tak sedar rupanya, yang sebenarnya, kita yang berada ditempat yang salah.

p/s: ingatan untuk MrJocko sendiri

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.