Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Al-Fatihah Buat Arwah Azhar Ramli aka Jejai aka Teratakarmo.com

MrJocko mula mengenali Azhar Ramli atau nama timangan beliau di kalangan rakan blogger Talibarut dengan panggilan Jejai, melalui bro Eyriqazz. Beliau adalah penulis blog www.TeratakArmo.com. Selepas ini pertama kali bertemu mata pada majlis Perlancaran Digi Wwwow Awards 2012 dan selepas ini mula kenal sedikit demi sedikit blogger hebat ini.
Banyak juga event yang kami sertai bersama, cuma yang MrJocko sempat tulis ada dalam entry Final LCW vs Lin Dan Di Samsung Event dan Astro On The Go Event.

Broframestone, Eyriqazz, MrJocko, Fazrol dan Arwah Jejai menjadi Johan di majlis Astro On The Go
Paling ketara, kami betul-betul hebat dalam game berkumpulan ketika di Majlis Astro On The Go bersama BroFrameStone, Eyriqazz dan juga Fazrol. Dan, kali terakhir MrJocko berjumpa dengan Azhar Ramli aka Jejai ketika majlis siaran langsung perlawanan akhir penentuan Pingat Emas Perseorangan Olimpik 2012 antara Lee Chong Wei vs Lin Dan anjuran Samsung di The Curve. Masa tu beliau sudah nampak terlalu lemah, tetapi masih sertai majlis kerana katanya beliau sudah janji nak datang.
Petang Selasa, dapat berita dari Facebook Kak Red mengatakan Blogger Azhar Ramli sudah kembali ke Rahmatullah akibat penyakit yang dialami beliau sejak sekian lama.
Walaupun hanya sempat beberapa kali berjumpa arwah di masa hidup beliau, Blogger Azhar Ramli memang seorang kawan yang baik, periang dan sememangnya team-mate yang hebat. 
Buat Arwah Azhar Ramli aka Jejai aka Teratakarmo, Al Fatihah buat mu. Semoga roh arwah berada di kalangan orang yang beriman dan di rahmati Allah. Khabarnya Jenazah beliau akan di semadikan di Klang esok pagi. Bagi yang berkesempatan boleh tanya alamat dari Kak Red atau BroFrameStone.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.