Site icon Travel Blogger Malaysia

Umpama Alam Bunian Kampung Wae Rebo Manggarai Barat Flores

Umpama Alam Bunian Kampung Wae Rebo Manggarai Barat Flores menjadi satu destinasi percutian tradisional terbaik MrJocko untuk tahun 2017. Bermula dengan pendakian yang memakan masa selama hampir 3 jam, akhirnya kami menemukan perkampungan ‘atas awan’ ini.

Ya, jika tiba musim yang berkabus, perkampungan Wae Rebo ini umpama dunia Bunian yang diceritakan di dalam cerita mistik dan fiksyen. Pemandangan di sini, Subhanallah, memang cantik.

Baca : Indahnya Perkampungan Wae Rebo Flores Indonesia

Umpama Alam Bunian Kampung Wae Rebo

kampung wae rebo manggarai flores

 

Pemandangan perkampungan Wae Rebo ini memang cantik dan sangat cantik. Waktu pagi, ia diselimuti kabut nipis di seluruh kampung ini. Tak hairan kalau ramai pelancong yang sempat menyaksikan pemandangan ‘rare’ Wae Rebo ini menamakan ‘kampung di atas awan’.

Secara Geografi kampung ini terletak di atas ketinggian 1,200 meter di atas permukaan laut. Di sini pelancong mendapat peluang untuk melihat dan tinggal di Mbaru Niang, sebuah rumah tradisional Flores yang masih wujud dan hanya ada di kampung Wae Rebo.

Untuk info, pada tahun 2012, Mbaru Niang Wae Rebo dianugerahkan oleh UNESCO sebagai Penghargaan Tertinggi Kategori Konservasi Warisan Budaya. 
 

 

Upacara Menerima Tetamu adalah upacara wajib dalam Adat Wae Rebo. Ketua Adat akan menjadi wakil kepada orang Kampung Wae Rebo dalam upacara menerima tetamu. Tetamu yang sampai ke Wae Rebo perlu melalui upacara ini sebelum diberikan ‘Kebenaran’ oleh Ketua Adat untuk menginap dan berada di kampung ini.

Bila sudah diberi kebenaran, tetamu (pelancong) boleh membuat aktiviti dengan bebas selakgi tidak melanggar pantang larang utama kampung Wae Rebo.

Antara Pantang Larang Wae Rebo

  1. Tetamu Di Larang Bercium dan Melakukan Aktiviti Seks
  2. Tetamu Di Larang naik diatas kawasan Batu Suci Wae Rebo yang menjadi ikon Tempat Suci
  3. Tetamu Di Larang Merosakkan Harta Benda
  4. Tetamu Di Larang Mengambil Gambar Bilik Penduduk Melainkan Dapat Keizinan

Perkampungan Wae Rebo yang dihuni oleh sekitar 112 Ketua Keluarga atau kira-kira 625 orang (ikut rekod data 2012) semakin mencuri perhatian pelancong, terutama pelancong dari luar negara. Tidak dinafikan, untuk ke sini bukan mudah kerana memerlukan perjalanan dari Labuan Bajo sekitar 7 – 8 jam dan juga kos yang agak mahal berbanding kembara biasa. Pun begitu, mengikut rekod sudah lebih dari 10 ribu pelancong asing telah datang melawat kampung ini dari lebih 20 negara yang datang melawat kampung ini.

Mengikut cerita asal penemuan lokasi kampung Wae Rebo Flores ini, asalnya ialah dari Yori Antar, seorang arkitek dari Jakarta yang ingin tahu tentang Mbaru Niang dari poskad. Pada tahun 2008, Yori Antar berjaya ‘mencari’ kampung Wae Rebo hanya fokus kepada rumah berbentuk Mbok Niang. Hasil dari penemuannya, semakin hari semakin ramai pelancong asing akhirnya mengetahui tempat ini dan sering melawat Wae Rebo.

Suasana kampung Wae Rebo memang terpencil dari kesibukan kota dan akses kemudahan asas yang lain seperti jalanraya, air, telekomunikasi dan lain lain. Tiada akses telco di sini dan tidak ada talian telefon atau televison. Ia adalah kehidupan asas yang sangat biasa, tiada kemewahan.

Harta paling mahal di sini ialah pemeliharaan Mbaru Niang. Di Wae Rebo terdapat hanya tujuh keping Mbaru Niang. Satu rumah Mbaru Niang boleh diduduki oleh enam hingga lapan keluarga. Penduduk lain yang tidak dapat menduduki rumah ii, akan terpaksa berpindah ke Kampong Kombo, sebuah kampung kira-kira lima kilometer dari Wae Rebo. Anak-anak yang bersekolah juga akan menginap di kampung di bawah kaki bukit untuk memudahkan mereka bersekolah. 
 

menggoreng Kopi untuk dijual
salah seorang penghuni Rumah Adat


 

Penduduk Wae Rebo mengusahakan beberapa aktiviti untuk menambah pendapatan. Ramai antara mereka menanam kopi dan memproses sendiri kopi jenis Arabica untuk dijual termasuk Kopi Luwak.

Sementara itu, mereka juga menjual Kain Cura, kain tenun yang dibuat oleh kaum wanita di Wae Rebo. Kain Cura ini mempunyai motif yang berwarna terang. Harga yang dijual di sini jauh lebih murah berbanding kualiti tenunan yang dibuat.
 

 

Kampung Wae Rebo Flores ini lokasinya terletak di Barat Daya kota Ruteng, ibukota Kabupaten Manggarai, Flores, Nusa Tenggara Timur. Tetapi, disebabkan tiada laluan lain yang lebih mudah selai ndari menggunakan pengangkutan udara dari Bandar Udara Komodo, Labuan Bajo.

Kebiasannya ramia pelancong yang nak ke Kampung Wae Rebo, mereka mengambil jalan dari pekan Ruteng sebelum menuju ke kampung Denge yang merupakan kampung terakhir sebelum menuju ke kampung Wae Rebo. Walaupun perjalanan ini agak jauh, tetapi sepanjang perjalanan disajikan dengan pemandangan sawah padi bukit yang cantik. Tanah Flores memang subur, yang mana bukan sahaja jalan bukit-bukit, tetapi pandangan jalan pantai pun sangat mengagumkan.

Memandangkan aktiviti pelancongan ke Wae Rebo semakin aktif, di sini sudah ada beberapa homestay yang diuruskan oleh orang kampung Denge dan Wae Rebo untuk kemudahan pelancong. Biasanya sebelum pergi ke Wae Rebo, para pelancong akan berehat di Denge selepas perjalanan panjang dari Labuan Bajo atau Ruteng. Kampung Denge adalah kampung terakhir yang dilalui oleh kenderaan bermotor, sama ada motosikal atau kereta. Untuk menaiki ke puncak Wae Rebo, pelancong terpaksa berjalan kaki dan mendaki bukit untuk tempoh selama 2 hingga 3 jam.

 

 

Kalau tak larat untuk ke atas, jangan risau, ada khidmat tukang pengangkut barang ‘porter’ yang menawarkan khidmat dengan harga yang murah dan berpatutan.

Namun, mengikut pengalaman sendiri MrJocko, untuk perjalanan mendaki seperti ini, ia satu trek yang mudah dan boleh di akses oleh sesiapa sahaja, termasuk kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas. InsyaAllah, kalau ada rezeki, MrJocko akan bawa anak-anak untuk ke alam bunian Wae Rebo di Flores Indonesia ini.

Baca MrJocko di Indonesia www.mrjocko.com/tag/indonesia

Exit mobile version