Alexa.com Penilai Kualiti Sesuatu Blog Website
|Khas buat rakan Public Relations Company (PR Company) atau Agensi yang berkaitan dengan Blogger atau Influencer, anda patut tahu dan biasa dengan laman web Alexa.com. Apa itu Alexa.com? Ia adalah satu laman web yang menjadi rujukan ramai dan Penilai Kualiti Sesuatu Blog Website.
Sistem ranking Alexa memberikan status sesuatu blog atau laman web nilai secara keseluruhan. Ini bermaksud, setakat hari ini, laman web Alexa.com antara ‘penanda aras’ mereka yang mencari nilai sesuatu blog atau website dari sudut berapa ramai jumlah visitor, kualiti carian organik terhadap sesuatu blog, link yang dikongsi, demografik dan banyak lagi berkaitan dengan viewers sesuatu blog atau website.
MrJocko banyak kali kongsi tentang Alexa.com di SINI.
Secara detail, apa yang Alexa Ranking?
Ini adalah sistem ranking yang ditetapkan oleh alexa.com untuk sesuatu blog atau website. Pada dasarnya ia umpama laman web yang mengaudit blog atau laman web yang lain. Alexa menggunakan kiraan Algoritma mengikut kedudukan trafik Alexa berdasarkan kepada jumlah trafik yang direkodkan melalui ‘toolbar Alexa’ yang dipasang di blog atau website dalam tempoh tiga bulan.
Trafik ini adalah berdasarkan kepada parameter seperti jumlah unique visitor, page views, demografik dan ukuran lain yang berkaitan. Secara mudah, jika laman Blog anda berada di kedudukan yang sikit jumlahnya, sebagai contoh Tangga ke-100, ia adalah kedudukan yang lebih baik berbanding kedudukan ke 5,000.
Alexa Rank For Blog

Untuk PR Company dan Agensi yang berkerja rapat dengan Blogger atau Influencer, penggunaan Alexa Rank ini sangat penting untuk anda semua. Kenapa? Sebab dengan menggunakan Alexa Rank, anda boleh menilai kualiti sesuatu blog atau website. Dalam masa yang sama, anda akan kenal siapa Blogger dan Influencer anda.
Semestinya, rank di Alexa ini amat penting untuk anda menilai ‘harga’ seseorang blogger dan influencer anda dengan mudah dan berpatutan.
Walau bagaimanapun, ia sekadar rujukan dan panduan PR Company dan Agensi yang berkaitan. Samada anda nak menilai blogger atau influencer anda berdasarkn ‘metrics’ ini, terpulang. Sebagai blogger dan influencer, jika mereka sedar nilai mereka, sudah tentu mereka juga berhak meletakkan harga yang berpatutan.
Untuk anda yang nak nilai dan mengukur kekuatan jenama blog anda, boleh cuba untuk semak di sini ALEXA SITE INFO