Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Alliance SavePlus Account-i Ada Produk Akaun Semasa Shariah Compliance

‘Simpan Sikit-sikit, Lama-lama Jadi Bukit’, itu adalah perumpamaan dari nenek atuk untuk mengingatkan kita tentang pentingnya menyimpan wang. Jadi, di zaman sekarang ini di mana kita mempunyai banyak pilihan, manakah tempat terbaik untuk menyimpan wang? Kini dengan adanya produk baru, Alliance SavePlus Account-i Ada Produk Akaun Semasa Shariah Compliance untuk orang Islam yang menawarkan pakej akaun yang lebih menarik.

Jadi, jika anda dan keluarga sedang mencari produk simpanan yang ada ciri-ciri seperti di atas, saya cadangkan anda memilih Alliance SavePlus Account-i. Alliance SavePlus Account-i adalah produk akaun semasa patuh Shariah oleh Alliance Islamic Bank. Ia menawarkan pakej akaun yang menarik untuk menyimpan duit tabungan sambil nikmati kadar hibah yang tinggi. Kadar hibah yang ditawarkan hampir menyerupai kadar keuntungan bagi deposit tetap.

Antara kelebihan lain Alliance SavePlus Account-i:

1. Memberikan kadar pulangan tinggi seperti deposit tetap tanpa keperluan seperti minima tempoh tetap

2. Menawarkan pelbagai manfaat secara pasif – cuma perlu depositkan wang ke dalam akaun untuk menikmati hibah yang tinggi

3. Merupakan platform untuk duit simpanan sementara mencari peluang pelaburan terbaik

Alliance SavePlus Account-i
 

Alliance SavePlus Account-i
 

Sebagai informasi ringkas, Alliance SavePlus Account-i adalah ‘akaun semasa’ yang bercirikan konsep Islamik dan telah dilancarkan pada bulan Disember 2017.

Justeru itu, bersempena kenaikan Dasar Kadar Semalaman (Overnight Policy Rate) yang telah diumumkan oleh Bank Negara Malaysia di bulan Februari 2018, kadar keuntungan Alliance SavePlus Account (konvensional) telah meningkat dari 3.0% setiap tahun kepada 3.5% setiap tahun untuk baki RM 100,000 dan ke atas. Untuk Alliance SavePlus Account-i (Islamik) pula, hibah adalah 3.55% untuk setahun.
 

Akaun Alliance Save Plus-i Review

Alliance SavePlus Account-i Review

Alliance SavePlus Account-i Review

Alliance SavePlus Account-i Review

Baca MrJocko dan Isu Kewangan

Bagaimanakah Fungsi Perhitungan Hibah?

Hibah Alliance SavePlus Account-i dihitung berdasarkan baki harian, dan akan dikreditkan ke dalam akaun anda secara bulanan.

Sebagai contoh, jika semalam, baki simpanan anda di dalam akaun adalah RM 150,000, anda akan mendapat sebanyak 0.0097% (3.55% / 365 hari) pada baki akhir hari tersebut. Jadi jangan risau kalau anda mengeluarkan amaun dari akaun pada hari ke-15, contohnya, sebab faedah akan dihitung setiap hari untuk memaksimakan perolehan anda.

Nota: Memandangkan ia adalah produk patuh syariah, kadar hibah yang ditunjukkan disini ialah berdasarkan rekod lepas. Walaubagaimanapun, pemberian hibah di masa akan datang, ia tertakluk kepada terma dan syarat, dan budi bicara bank.

Ini merupakan peluang terbaik untuk semua rakyat Malaysia. Setahu MrJocko, tidak banyak produk di pasaran yang menyediakan kadar faedah yang tinggi untuk akaun mudah cair di mana penyimpan mempunyai pilihan untuk menggunakan wang mereka pada bila-bila masa (tiada tempoh kunci seperti deposit tetap) dan tanpa perlu berkorban atas faedah yang diperolehi apabila mereka mengeluarkan wang. Ciri seperti ini diterima baik oleh pelabur.

Lagipun kadar hibah setinggi 3.55% adalah lebih tinggi daripada kadar deposit tetap untuk sebulan.

Lebih menarik, tiada syarat yang diperlukan kecuali hanya perlu mengekalkan baki akaun anda. Tiada klausa transaksi lain dilampirkan.
 

Alliance SavePlus Account-i
 

Mengapakah Alliance Save Plus Account-i adalah salah satu akaun yang terbaik?

Alliance SavePlus Account-i membolehkan simpanan anda berkembang setiap hari dengan kadar hibah sehingga 3.55% pada jumlah baki akaun. Anda hanya perlu mengekalkan baki anda dalam akaun untuk menikmati kadar hibah yang menarik ini. Anda tidak perlu melakukan apa-apa transaksi tambahan (seperti membayar bil, deposit jumlah minimum setiap bulan dan sebagainya) untuk mendapatkan kadar hibah ini.

Ciri-Ciri Unik Yang Ada Dalam Alliance Save Plus Account-i

• Kadar hibah tinggi sebanyak 3.55% setahun atas jumlah baki akaun. Hibah dikira pada baki harian dan dikreditkan ke dalam akaun anda setiap bulan tanpa syarat transaksi.

• Akses mudah ke wang tunai anda pada bila-bila masa, semasa wang anda berkembang setiap hari dengan kadar hibah yang tinggi. Ini kerana ia adalah akaun semasa tanpa tempoh lock-in.
 

Akaun Alliance Save Plus-i Review

Akaun Alliance Save Plus-i Review
 

Nak lebih faham, apa kata anda lihat video clip ini :

Jadi, Bagaimana Cara Buka Alliance SavePlus Account-i?

1. Secara Dalam Talian (Online)
Jika anda adalah pelanggan Alliance Bank, samada pemegang Akaun Semasa (Current Account) atau Akaun Simpanan (Savings Account) dengan kemudahan perbankan dalam talian (online banking), boleh terus layari laman allianceonline untuk membuka akaun anda.

Atau

2. Cawangan Bank (Branch)
Lawat cawangan Alliance Bank berdekatan anda untuk membuka Alliance SavePlus Account-i.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi mereka di sini – Alliance SavePlus Account-i

Apa lagi, ini peluang terbaik untuk kita semua menyimpan dalam satu produk yang berbaloi untuk kita jadikan sebagai ‘simpanan masa depan’ kita dan juga untuk keluarga. Ia mungkin satu hari memberikan kebaikkan kepada kita, di saat memerlukan, lebih baik berbanding produk perbankan lain di Malaysia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.