Site icon Travel Blogger Malaysia

Pengalaman Sertai Alpha Super Workshop 2018 Penang

Alpha Super Wokshop antara aktiviti yang ditunggu oleh photographer saban tahun. Ini kerana, pengisian yang dikongsi di dalam event ini, antara yang terbaik boleh dikutip oleh photographer amatur dan juga photographer professional. Ini adalah pertama kali MrJocko sertai event hebat ini. Terbaik, ini pengalaman sertai Alpha Super Workshop 2018 Penang.

Pertama kali menemui photographer ialah Alpha Super Workshop (ASW 2014) yang bermula di Melaka. Kemudian setahun kemudian ia teruskan ASW 2015 di Ipoh, ASW 2016 Johor Bahru dan tahun lepas ASW 2017 di Kelantan. Tahun ini, ASW 2018 membawa para peserta photographer ke negeri Pulau Pinang.

Baca : Tempat Popular Di Pulau Pinang

Pengalaman Sertai Alpha Super Workshop 2018 Penang

strong>

alpha super workshop 2018 penang

Alpha Super Workshop 2018 Penang

 

Mungkin tak ramai yang tahu, Alpha Super Workshop dibuka untuk umum kepada photographer (jurugambar) yang menggunakan kamera Sony, tidak kira jenis Kompak, Mirrorless dan juga kamera Full Frame. Jika anda pengguna Sony, penyertaan anda amat lah dialu-alukan.

Bayaran akan dikenakan deposit sebanyak hanya RM100 sahaja bagi setiap permohonan penyertaan sebagai bayaran ‘komitmen’. Sekiranya anda turut serta, diakhir majlis setiap kali ASW, wang deposit komitmen tersebut akan dipulangkan. Ia bertujuan untuk memastikan mereka yang mendaftar mengambil inisiatif untuk menyertai program ini supaya tidak membazir peluang tersebut kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Secara asas, Penyertaan untuk ASW adalah PERCUMA dengan kemudahan pengangkutan dari KL ke lokasi ASW, penginapan hotel bertaraf 3 – 4 Bintang, serta termasuk makan tengahari ketika Upacara Penutup Majlis ASW setiap tahun. Wow!!!
 


 

Selain itu, peserta program ASW juga berpeluang untuk mengenali komuniti pengguna Alpha (khususnya jenama Sony) dan bertukar-tujar idea. Di samping beberapa sesi Photoshoot yang akan dikendalikan oleh Photographer Professional ternama dari Malaysia.

Keesokkan harinya, untuk pertama kali tahun ini, Pertandingan Photo Hunt diadakan dengan menawarkan hadiah menarik kepada semua peserta. Wow lagi…

Kali ini, Pasukan Pemenang Pertama membawa pulang hadiah berupa Sony Kamera RX0 setiap seorang, Pasukan ditempat Kedua menerima Sony Kamera XR3000 dan tempat Ketiga menerima Tali Straps Sony Edisi Terhad. hadiah Saguhati kepada tempat Keempat dengan menerima Voucher Bernilai RM150 setiap satu.

Baca : MrJocko dan Produk Sony

 


 

Sangat meriah di ASW 2018 kali ini. Memang tak sangka, walaupun ia pertama kali, tetapi hubungan dan komuniti Sony Alpha ini antara yang terbaik pernah MrJocko sertai.

Teaser untuk Alpha Super Workshop 2018 Penang, boleh lihat video hebat ini

Kredit Video : JC Studio Films

Untuk yang berminat menyertai Alpha Super Workshop yang akan datang, pastikan anda tidak terlepas untuk mendaftar dengan Sony Alpha Universe Malaysia #ASW2018

Layari laman Facebook Sony Alpha Universe Malaysia untuk maklumat lanjut.

Exit mobile version