Site icon Travel Blogger Malaysia

Amaran Gempa Bumi 10.4 Skala Richter Dan Tsunami Hanya Latihan

amaran-tsunami-september-2014-718562
Hari ni MrJocko dapat mesej dari group Whatsapp dan mereka berkongsi tentang amaran ini, Amaran Gempa Bumi 10.4 Skala Richter Dan Tsunami yang dikatakan terjadi di Indonesia. Makluman amaran Tsunami ini lebih kuat dipercayai apabila ia tertera datang dari Meteorologi Neger Kedah dan ada cop Balai Polis Kedah.
Amaran ini juga memberitahu bahaya gegaran akan diterima pada sekitar jam 2.20 petang waktu Malaysia.
Tapi selepas beberapa komen dan maklumat lain, ramai yang mengesahkan ini adalah satu latihan ‘drill’ bencana alam yang sedang berlaku di sebuah lokasi di Negeri Kedah. Mungkin ia dikongsi dan telah di salah ertikan oleh mereka yang tidak tahu cerita sebenar. 
Oleh yang demikian, rupanya Amaran Gempa Bumi 10.4 Skala Richter Dan Tsunami pada 9 September 2014 Hanya Latihan sahaja.
Exit mobile version