Anak-Anak Yatim Ini Di Halau Keluar
|
UPDATED – 3.00pm
Rumah perlindungan yang mereka tinggal sebelum ini di sita. Oleh sebab itu mereka terpaksa keluar dari rumah tersebut
Rumah perlindungan yang mereka tinggal sebelum ini di sita. Oleh sebab itu mereka terpaksa keluar dari rumah tersebut
“ATTENTION : PUCHONG
Kisah Anak-anak Yatim yang telah dihalau dari Rumah Perlindungan Di Rawang dan kini menghuni dan menumpang Surau di Taman Lestari Puchong. Katanya mereka dihantar dengan lori. Seramai 18 orang kesemuanya pada pukul 3.00 pagi. Apa yang menyedihkan MEREKA berbuka PUASA hanya mampu membeli 8 KETUL AYAM Goreng dan DIKONGSI BERAMAI2. DIHARAP KAWAN2 YANG MAMPU/Ingin MENYUMBANG bolehlah Pergi Ke SURAU Diatas Bagi sama2 membantu Anak2 AMANAH ALLAH ini…… Sumber yang saya dapat adalah daripada GROUP HASIL yang telah sampai disana bagi meninjau dan menghulurkan bantuan….”
Ini sedikit info yang MrJocko dapat dari satu laman web mengisahkan kisah sedih lagi. Kes kanak-kanak, katanya Anak-anak Yatim yang dihalau keluar dari Rumah Anak Yatim. Punca dan sebab tidaklah di ketahui.
Sesiapa yang tinggal berhampiran Surau Taman Lestari Puchong, apa kata ambik inisiatif jenguk-jenguk mereka. Mana tau boleh tolong sekadar yang mampu.
MrJocko.com
2 Comments
Assalamualaikum wbt. Yayasan Scomi tidak terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan Rumah Perlindungan Tahfiz tersebut. Keputusan untuk berpindah dari Rumah Perlindungan tersebut di Rawang bukanlah keputusan Yayasan Scomi dan Yayasan Scomi menafikan dengan setegasnya samada secara langsung atau tidak langsung penglibatan kami dalam langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah yang dihadapi oleh Rumah Perlindungan Tahfiz tersebut. Yayasan Scomi amat kecewa ke atas fitnah yang ditujukan kepada Yayasan Scomi dalam penyataan bahawa sekumpulan anak-anak yatim di halau dari rumah perlindungan mereka oleh Yayasan Scomi. Sebagai satu badan yang bertanggungjawab, Yayasan Scomi memantau dan memberi pandangan dan nasihat dari masa ke semasa kepada pihak pentadbiran badan-badan kebajikan yang kami bantu, walaupun sebarang keputusan terakhir adalah dibuat oleh pihak pentadbiran itu sendiri.
Ingin kami tekankan bahawa peranan Yayasan Scomi adalah terhad kepada menghulurkan bantuan kewangan berdasarkan peruntukan yang ditentukan untuk kerja-kerja kebajikan termasuk bantuan bagi anak-anak yatim, warga miskin dan yang memerlukan termasuk bantuan pendidikan bagi kanak kanak yang memerlukan. Yayasan Scomi memberi bantuan yang sedemikian kepada beberapa badan yang memerlukan dan individu yang termasuk di dalam golongan tersebut.
terima kasih atas penerangan, mrJocko pun tak tahu yang kes ni ada melibatkan Yayasan Scomi