Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Anak Kucing Comel Kiki Berumur 3 Bulan

Mungkin ada yang ingat tentang Kiki anak kucing yang lahir dari kucing MrJocko yang diberi nama Kitty. Sedar tak sedar Kiki dah besar dan kini dah berumur lebih 3 bulan. Dah lama Kiki putus susu dengan emaknya dan kini sudah pandai makan dan berdikari sendiri.

Kakak Angkat Kiki yang berwarna Oren, Mia sudah hampir sebulan di rumah owner baru. Tinggal Kiki dan Kitty sahaja yang kami pelihara memandangkan tempat yang terhad. Kalau boleh memang kami nak pelihara, tetapi memandangkan ruang rumah kami yang kecil, terpaksa diberi kepada keluarga angkat yang baru.

Kucing comel

Kucing yang comel

Emak si Kiki, Kitty sedang sarat mengandung hampir 60 hari dan bakal beranak bila-bila masa dalam minggu ni. Cepat sungguh dia mengawan dan nak beranak lagi. Sebelum ini tidak perasan camana cepat dia mengawan dengan si Abon, kucing parsi jantan.

Nampaknya, MrJocko terpaksa lepaskan Kiki kepada keluarga Angkat yang baru. Ermmm… Kalau MrJocko buat Giveaway anak kucing okay tak? Ada yang nak anak kucing comel seperti Kitty ini.

Facebook : http://www.facebook.com/GlamorousMrJocko

Twitter : @MrJocko

Instagtam : @MrJocko

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.